Nuffnang Ads

Ahad, 29 Mei 2016

Bola Sepak : Real Madrid Juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Kelab Sepanyol Real Madrid atau nama gelaran mereka Los Blancos berjaya merangkul kejuaraan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 apabila berjaya menewaskan kelab senegara Atletico Madrid dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium San Siro, Milan, Itali. Pasukan bimbingan pengurus Zinedine Zidane daripada Perancis ini memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah kedudukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit permainan. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan buat kali ke 11 dalam sejarah kelab Real Madrid sepanjang kejohanan ini diperkenalkan pada musim 1955/56. 

Pasukan Real Madrid terlebih dahulu mendahului Atletico Madrid di bawah bimbingan Pengurus Argentina, Diego Simeone menuri jaringan ketua pasukan, Sergio Ramos pada minit ke 15 sebelum Yannick Ferreira-Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke 79 perlawanan. Antoine Griezmann terlebih dahulu terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke 46 perlawanan selepas sepakannya sekadar menggegarkan palang gol Real Madrid. Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan pemain Atletico Madrid iaitu Juanfran menyempurnakan tendangan penalti keempat pasukannya membenarkan pasukan Real Madrid mendapat peluang menerusi penalti kelima yang nyata disempurnakan sebaiknya oleh Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, 4 sepakan penalti Real Madrid disempurnakan oleh Lucas Vazquez, Marcelo, Gareth Bale dan Sergio Ramos manakala 3 sepakan penalti Atletico Madrid disempurnakan oleh Antoine Griezmann, Gabi dan Saul Niguez. Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos telah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir manakala penjaring prolifik mereka, Cristiano Ronaldo muncul selaku penjaring terbanyak UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16. 
Dengan kejuaraan ini, kelab Real Madrid akan bersaing dalam kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2016 akan datang selain merebut UEFA Piala Super Eropah 2016 bertemu Sevilla yang juga juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa