Nuffnang Ads

Khamis, 19 Mei 2016

Bola Sepak : Sevilla Juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Kelab Sepanyol, Sevilla FC berjaya muncul juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 apabila berjaya mengecewakan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan keputusan 3-1. Kejuaraan ini merupakan kejayaan buat kali ketiga berturut-turut untuk pasukan Sevilla FC setelah muncul juara kejohanan edisi 2013/14 dan 2014/15 yang lalu serta kejayaan kali keenam sepanjang sejarah kejohanan. Kejayaan pasukan Sevilla FC di bawah kendalian Pengurus Unai Emery ini menewaskan pasukan Liverpool di bawah kendalian Pengurus Jurgen Klopp ini melayakkan pasukan mereka ke saingan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 selain akan merebut kejuaraan UEFA Piala Super Eropah 2016 akan datang menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 sama ada pasukan Real Madrid ataupun Atletico Madrid. 

Kekalahan ini nyata amat mengecewakan pasukan Liverpool setelah sekadar menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris 2015/16 di kedudukan ke 8 salain muncul naib juara Piala Liga Inggeris 2015/16. Pasukan Liverpool dilihat lebih mengusai perlawanan dengan mendahului hasil jaringan Daniel Sturridge pada minit ke 35. Namun tiga jaringan pada separuh masa kedua masing-masing oleh Kevin Gameiro (minit 46) serta 2 gol oleh Coke Andujar (minit 64 & 70) memusnahakan harapan serta impian pasukan Liverpool mengecap kejuaraan musim ini. Tahniah Bual Sukan ucapkan kepada pasukan Sevilla FC atas kejayaan merangkul kejuaraan musim ini. Pasukan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp ini pastinya akan bangkit semula memberikan saingan terbaik dalam saingan domestik musim akan datang dengan membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan mereka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa