Nuffnang Ads

Isnin, 23 Mei 2016

Bola Sepak : Undian Kumpulan TM Piala Malaysia 2016

Hari ini berlangsung undian peringkat kumpulan saingan TM Piala Malaysia 2016 di mana 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan Liga Super 2016 serta 5 pasukan daripada Liga Premier 2016 telah layak berdasarkan kedudukan mereka dalam liga masing-masing. Sekali lagi TM tampil sebagai penaja utama TM Piala Malaysia 2016 akan datang. 16 pasukan ini diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir. Sepak mula TM Piala Malaysia 2016 akan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang.

Pasukan Selangor atau The Reds Giants selaku juara bertahan musim lalu pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, laluan sukar pastinya ditempuhi oleh mereka apabila 15 pasukan lain juga pastinya mengimpikan kejuaraan didakap oleh pasukan masing-masing. Pasukan seperti Johor Darul Ta'zim FC, Felda United, Terengganu dan Kedah pastinya menjadi antara pasukan pilihan pada saingan kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah penting untuk setiap pasukan mencatatkan keputusan terbaik masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang untuk mencipta jaringan serta disiplin pertahanan yang mantap pastinya mempunyai kelebihan untuk mencatatkan keputusan terbaik.

Berikut adalah kedudukan undian pasukan yang bakal bersaing dalam TM Piala Malaysia 2016 akan datang :

Kumpulan A : TTeam, Kedah, Sarawak, Johor Darul Ta'zim II
Kumpulan B : Selangor, Kelantan, Pahang FC, Kuala Lumpur
Kumpulan C : Johor Darul Ta'zim FC, PDRM FA, Perak, Selangor PKNS FC
Kumpulan D : Felda United, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa