Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Jun 2016

Bola Sepak : Jadual Perlawanan TM Piala Malaysia 2016

Kejohanan berprestij bola sepak Malaysia, TM Piala Malaysia 2016 akan kembali mewarnai saingan bola sepak Malaysia. Sekali lagi Telekom Malaysia (TM) tampil selaku penaja utama TM Piala Malaysia 2016 akan datang. 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan Liga Super 2016 serta 5 pasukan daripada Liga Premier 2016 telah layak berdasarkan kedudukan mereka dalam liga masing-masing.  16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka The Red Giants pastinya sekali lagi turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki pada musim lalu. Namun begitu saingan 15 pasukan lain terutamanya Johor Darul Ta'zim FC, Felda United, Kedah dan Terengganu pastinya sengit. Tidak mustahil juga pasukan-pasukan lain juga mampu mencipta kejutan pada saingan kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang diharungi di peringkat kumpulan ini sangat penting untuk mencapai keputusan terbaik bagi mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir. Setiap pasukan perlu memanfaatkan aksi gelanggang sendiri untuk mencapai kemenangan selain memberikan saingan terbaik di gelanggang lawan. Ketua Jurulatih masing-masing juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing serta memilih kesebelaan terbaik pasukan masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol selain disiplin pertahanan yang berkesan mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Sokongan padu penyokong juga pastinya akan sedikit sebanyak membantu menaikkan moral pemain pasukan masing-masing. 

Berikut adalah Jadual Perlawanan TM Piala Malaysia 2016 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
12 Julai 2016
T Team lwn Johor Darul Ta'zim II (Kumpulan A)
Selangor lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Kelantan lwn Pahang FC (Kumpulan B)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
KL Felda United FC lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)
Melaka lwn Terengganu (Kumpulan D)

13 Julai 2016
Kedah lwn Sarawak (Kumpulan A)
PDRM FA lwn Perak (Kumpulan C) 


PERLAWANAN KEDUA
19 Julai 2016
Johor Darul Ta'zim II lwn Sarawak (Kumpulan A)
Kuala Lumpur lwn Pahang FC (Kumpulan B)
Selangor PKNS FC lwn Perak (Kumpulan C)
Johor Darul Ta'zim FC lwn PDRM FA (Kumpulan C)
Negeri Sembilan lwn Melaka (Kumpulan D)

20 Julai 2016
T Team lwn Kedah (Kumpulan A)
Selangor lwn Kelantan (Kumpulan B)
KL Felda United FC lwn Terengganu (Kumpulan D)


PERLAWANAN KETIGA
29 Julai 2016
Kedah lwn Johor Darul Ta'zim II (Kumpulan A)
Sarawak lwn T Team (Kumpulan A) 
Melaka lwn KL Felda United FC (Kumpulan D)

30 Julai 2016
Kelantan lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Pahang FC lwn Selangor (Kumpulan B) 
PDRM FA lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
Perak lwn Johor Darul Ta'zim FC (Kumpulan C)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)


PERLAWANAN KEEMPAT
9 Ogos 2016
Johor Darul Ta'zim II lwn Kedah (Kumpulan A)
T Team lwn Sarawak (Kumpulan A) 
Kuala Lumpur lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor lwn Pahang FC (Kumpulan B) 
Negeri Sembilan lwn Terengganu (Kumpulan D)
KL Felda United FC lwn Melaka (Kumpulan D)

10 Ogos 2016
Selangor PKNS FC lwn PDRM FA (Kumpulan C)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Perak (Kumpulan C)

PERLAWANAN KELIMA
12 Ogos 2016
Pahang FC lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Kelantan lwn Selangor (Kumpulan B)
Melaka lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)
Terengganu lwn KL Felda United FC (Kumpulan D)

13 Ogos 2016
Sarawak lwn Johor Darul Ta'zim II (Kumpulan A)
Kedah lwn T Team (Kumpulan A)
Perak lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
PDRM FA lwn Johor Darul Ta'zim FC (Kumpulan C)


PERLAWANAN KEENAM
19 Ogos 2016
Johor Darul Ta'zim II lwn T Team (Kumpulan A)
Sarawak lwn Kedah (Kumpulan A)
Negeri Sembilan lwn KL Felda United FC lwn (Kumpulan D)
Terengganu lwn Melaka (Kumpulan D)

20 Ogos 2016
Kuala Lumpur lwn Selangor (Kumpulan B)
Pahang FC lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor PKNS FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (Kumpulan C)
Perak lwn PDRM FA (Kumpulan C) 

* Jadual Tertakluk kepada pindaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa