Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Jun 2016

Bola Sepak : Juara UEFA Piala Negara-Negara Eropah 1960 - 2012

Kejohanan bola sepak berprestij Piala Negara-Negara Eropah atau UEFA European Championship adalah kejohanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah atau Union of European Football Associations (UEFA). Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1960 dengan Perancis menjadi tuan rumah edisi sulung kejohanan. Kejohanan edisi 4 tahun sekali ini pada mulanya hanya melibatkan penyertaan 4 buah negara (Kejohanan Edisi 1960 - 1976) sebelum ditingkatkan kepada 8 buah negara (Kejohanan Edisi 1980 - 1992). Kejohanan ini kemudiannya terus meningkatkan jumlah penyertaan di mana ia melibatkan 16 buah negara bermula Kejohanan Edisi 1996 hingga 2012 dengan penjenamaan nama baru iaitu UEFA EuroPada edisi 2016, 24 buah negara akan bersaing iaitu peningkatan sebanyak 8 buah negara. 

Berdasarkan rekod semasa, 9 negara berjaya merangkul kejuaraan di mana pasukan Sepanyol dan Jerman (2 kali juara dengan nama Jerman Barat) adalah pasukan yang paling cemerlang dengan masing-masing menjuarai kejohanan ini sebanyak 3 kali. Pasukan tuan rumah 2016, Perancis pula merangkul kejuaraan sebanyak 2 kali manakala Kesatuan Soviet (Soviet Union), Itali, Czechoslovakia, Belanda, Denmark dan Greece masing-masing muncul juara sekali. 

Untuk kali ini perebutan kejuaraan pastinya sengit dengan juara bertahan 2 edisi berturut-turut, Sepanyol pastinya turun bagi misi mempertahankan gelaran mereka. Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pasukan tuan rumah Perancis, Belgium, Portugal, Itali dan England juga pastinya menjadi pilihan merangkul kejuaraan edisi kali ke 15 ini. Namun begitu, Bual Sukan percaya pasukan-pasukan lain juga turut mampu memberikan saingan sengit untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Sebagai imbasan, berikut adalah juara kejohanan Piala Negara-Negara Eropah dari tahun 1960 - 2012 : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa