Nuffnang Ads

Khamis, 9 Jun 2016

Bola Sepak : Logo Rasmi Kejohanan Bola Sepak UEFA Euro 1960 - 2016

Kejohanan bola sepak berprestij Piala Negara-Negara Eropah atau UEFA European Championship adalah kejohanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah atau Union of European Football Associations (UEFA). Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1960 dengan Perancis menjadi tuan rumah edisi sulung kejohanan. Kejohanan edisi 4 tahun sekali ini pada mulanya hanya melibatkan penyertaan 4 buah negara (Kejohanan Edisi 1960 - 1976) sebelum jumlah pasukan ditingkatkan kepada 8 buah negara (Kejohanan Edisi 1980 - 1992). Kejohanan ini kemudiannya terus meningkatkan jumlah penyertaan di mana ia melibatkan 16 buah negara bermula Kejohanan Edisi 1996 hingga 2012 dengan penjenamaan nama baru iaitu UEFA EuroPada edisi 2016, 24 buah negara akan bersaing iaitu peningkatan sebanyak 8 buah negara.

Berdasarkan rekod, Perancis telah 3 kali menganjurkan kejohanan ini iaitu pada edisi pertama 1960, edisi ketujuh 1984 serta UEFA Euro 2016 manakala Itali (edisi ketiga 1968 dan edisi keenam 1980) dan Belgium (edisi keempat 1972 dan edisi kesebelas 2000) pula telah menganjurkan 2 edisi kejohanan. Sepanyol (edisi kedua 1964), Yugoslavia (edisi kelima 1976), Jerman (edisi kelapan 1988), Sweden (edisi kesembilan 1992), England (edisi kesepuluh), Belanda (tuan rumah bersama Belgium bagi edisi kesebelas 2000), Portugal (edisi keduabelas 2004), Austria & Switzerland (tuan rumah bersama edisi ketigabelas 2008) serta Poland & Ukraine (tuan rumah bersama edisi keempatbelas 2012) masing-masing telah menjadi tuan rumah sekali. Setiap penganjuran mempunyai keunikan logonya tersendiri  di mana setelah dijenamakan kepada UEFA Euro logo yang direka sangat menarik. Berikut adalah Logo Rasmi Kejohanan Bola Sepak Piala Negara-Negara Eropah 1960 - 2016 : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa