Nuffnang Ads

Rabu, 27 Julai 2016

Bola Sepak : 2016 FA Community Shield

Perlawanan pembuka tirai musim baru bola sepak Liga England iaitu FA Perisai Komuniti 2016 atau 2016 FA Community Shield akan berlangsung pada 7 Ogos 2016 akan datang. Perlawanan edisi ke 94 ini bakal menemukan pasukan penuh kejutan musim lalu Leicester City selaku juara Liga Perdana Inggeris 2015/16 dengan pasukan Manchester United selaku juara Piala FA 2015/16. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Wembley, England. Leicester City di bawah kendalian pengurus Itali, Claudio Raneiri serta Manchester United di bawah kendalian pengurus Portugal, Jose Mourinho pastinya mempunyai perancangan masing-masing untuk merangkul piala pembuka musim 2016/17 ini sebagai motivasi menghadapi musim panjang Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang.
Kedua-dua pasukan ini sedang giat menjalani latihan serta mengatur perlawanan pra musim selain menandatangani pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing pada perlawanan ini. Kedua-dua pengurus ini juga pastinya akan merencanakan formasi, stategi dan taktikal terbaik masing-masing bagi mencabar antara satu sama lain. Pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang dan ruang menjaringkan gol selain mempunyai disiplin pertahanan yang baik dilihat mampu mencapai kemenangan serta merangkul trofi 2016 FA Community Shield.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa