Nuffnang Ads

Rabu, 27 Julai 2016

Bola Sepak : 2016 UEFA Super Cup

Piala Super Eropah 2016 atau 2016 UEFA Super Cup akan berlangsung di pada 9 Ogos 2016 di mana Larkendal Stadion di Trondheim, Norway akan menjadi gelanggang pertemuan tersebut. Kejohanan edisi ke 41 ini akan menemukan 2 kelab dari Sepanyol iaitu Real Madrid selaku Juara Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 (2015/16 UEFA Champions League) dengan kelab Sevilla selaku juara Piala Liga Europa 2015/16 (2015/16 UEFA Europa League). Untuk rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut sejak 2014 melibatkan pertemuan kelab dari Sepanyol di mana pada tahun 2014 melibatkan pertemuan Real Madrid dan Sevilla manakala edisi 2015 melibatkan pertemuan antara FC Barcelona juga dengan pasukan Sevilla. Selain itu, edisi kali ini juga merupakan kali ketiga berturut-turut pasukan Sevilla bersaing pada Piala Super Eropah sejak tahun 2014.
Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane dari Perancis pastinya memburu kejuaraan buat kali ketiga manakala Sevilla di bawah kendali pengurus baru iaitu bekas Ketua Jurulatih Chile, Jorge Sampaoli dari Argentina memburu kejuaraan buat kali kedua. Kedua-dua pasukan pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menghadapi lawan masing-masing. Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini pastinya akan mempamerkan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan Piala Super Eropah 2016 berjaya dimenangi oleh mereka. Dengan gabungan barisan pemain-pemain sedia ada, pemain-pemain muda serta pemain-pemain baru sudah pasti kedua-dua pengurus ini akan merancang yang terbaik untuk pasukan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa