Nuffnang Ads

Sabtu, 30 Julai 2016

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon UEFA

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia atau FIFA World Cup 2018 Russia bagi zon UEFA akan bermula pada bulan September 2016 akan datang sehingga bulan Oktober 2017. Zon UEFA telah diperuntukkan sebanyak 13 slot di mana 9 slot adalah menerusi perlawanan peringkat kumpulan manakala 4 lagi slot adalah menerusi penentuan playoff. 54 pasukan telah diundi kepada 9 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara kumpulan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bersaing secara playoff merebut 4 lagi slot bagi pasukan zon UEFA. Juara bertahan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil iaitu pasukan Jerman diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Republik Czech, Ireland Utara, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Pasukan yang masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France iaitu Portugal pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Switzerland, Hungary, Faroe Island, Latvia dan Andorra. Kumpulan A bakal menyaksikan pasukan Belanda diundi bersama-sama dengan pasukan Perancis, Sweden, Bulgaria, Belarus dan Luxembourg. Kumpulan D terdiri daripada pasukan Wales, Austria, Serbia, Republik Ireland, Moldova dan Georgia manakala Kumpulan E pula terdiri daraipada pasukan Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia dan Kazakhstan. Pasukan England pula diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania dan Malta. Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Sepanyol diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Itali, Albania, Israel, Macedonia dan Liechtenstein. Kumpulan H pula menayaksikan pasukan Belgium diundi bersama-sama dengan pasukan Bosnia & Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus dan Gibraltar manakala Kumpulan I pula terdiri daripada pasukan Croatia, Iceland, Ukraine, Finland dan Kosovo. 

Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Tidak mustahil juga, keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini. Barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya akan merancang formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai tahap disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2016 Russia bagi Zon UEFA :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa