Nuffnang Ads

Ahad, 24 Julai 2016

Bola Sepak : Pengurus Pasukan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Sepak mula musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 dan dijangka berakhir pada 21 Mei 2017 akan datang. Ini merupakan musim ke 25 sejak ianya mula dijenamakan sebagai Liga Perdana sejak tahun 1992 yang lalu. 20 pasukan bakal bersaing merebut gelaran kejuaran musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City pastinya akan sekali lagi akan berusaha mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini pastinya lebih mencabar di mana beberapa kelab telah membuat rombakan ke atas pasukan masing-masing dengan melantik barisan pengurus baru bagi memastikan kelab mampu mencabar kejuaraan musim ini. Selain itu juga, setiap kelab kini giat menjalani persiapan pramusim dengan mengadakan perlawanan pemanas badan selain menandatangni pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang. 
3 kelab baru yang bakal bersaing pada Liga Perdana Inggeris 2016/17 ini ialah pasukan Burnley, Hull City dan Middlesbrough menggantikan 3 pasukan yang tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan 2016/17 iaitu Newcastle, Norwich City dan Aston Villa. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi oleh pasukan adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi memastikan pasukan mampu mencabar kejuaraan musim ini. Setiap Pengurus juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan masing-masing bagi memberi cabaran musim ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik mampu mencapai keputusan yang diinginkan. 

Musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu menyaksikan bagaimana beberapa pengurus pasukan dipecat serta meletak jawatan ekoran prestasi pasukan yang mengecewakan pengurusan kelab masing-masing. Musim ini juga pastinya juga turut mencabar pengurus kelab masing-masing yang berdepan ekspektasi tinggi barisan pengurusan tertinggi kelab serta peminat masing-masing. Berikut adalah senarai Pengurus pasukan kelab Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

AFC Bournemouth : Eddie Howe (England)
Arsenal : Arsene Wenger (Perancis)
Burnley : Sean Dyche (England)
Chelsea : Antonio Conte (Itali)
Crystal Palace : Alan Pardew (England)
Everton : Ronald Koeman (Belanda)
Hull City : Steve Bruce (England)
Leicester City : Claudio Ranieri (Itali)
Liverpool : Jurgen Klopp (Jerman)
Manchester City : Josep Guardiola (Sepanyol)
Manchester United : Jose Mourinho (Portugal)
Middlesbrough : Aitor Karanka (Sepanyol)
Southampton : Claude Puel (Perancis)
Stoke City : Mark Hughes (Wales)
Sunderland : David Moyes (Scotland)
Swansea City : Francesco Guidolin (Itali)
Tottenham Hotspur : Mauricio Pochettino (Argentina)
Watford : Walter Mazzari (Itali)
West Bromwich Albion : Tony Pulis (Wales)
West Ham United : Slaven Bilic (Croatia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa