Nuffnang Ads

Rabu, 27 Julai 2016

Olahraga : Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter

Sensasi baru olahraga negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod 100 Meter kebangsaan milik Watson Nyambek iaitu 10.3s apabila berjaya mencatatkan kepantasan 10.18s pada Sukan Malaysia Sarawak 2016 (SUKMA 2016). Beliau yang mewakili kontinjen Melaka nyata mempunyai daya pecutan yang baik menewaskan 2 pencabar terdekat iaitu Jonathan Nyepa dari Sarawak serta rakan sepelatih beliau Badrul Hisyam Abdul Manap dari Melaka. Kejayaan ini nyata membuktikan bahawa Malaysia kini mempunyai pelapis yang baik untuk acara pecut. Bual Sukan merakamkan ucapan tahniah kepada beliau serta penghargaan kepada barisan kejurulatihan yang nyata berjaya membentuk beliau sebagai pelari pecut negara masa kini.
Dengan umur yang masih muda, tidak mustahil beliau mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang sama ada di peringkat ASEAN, Asia dan seterusnya ke saingan tertinggi peringkat dunia. Dengan disiplin serta latihan yang berterusan beliau mampu terus mengharumkan nama negara di persada yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Khairul Hafiz Jantan atas kejayaan yang membanggakan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa