Nuffnang Ads

Khamis, 4 Ogos 2016

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17


Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan liga musim ini selain tiket ke saingan eropah musim 2017/18 akan datang serta mengelakkan pasukan daripada terperosok di 3 tangga terbawah seterusnya membawa kepada relegasi ke Liga Kejuaraan 2017/18. Pasukan penuh kejutan musim lalu yang juga merupakan juara saingan Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu, Leicester City pastinya sekali lagi sedaya upaya mengekalkan konsistensi permainan musim lalu seterusnya berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini dilihat sangat menarik di mana pasukan-pasukan melantik barisan pengurusan baru serta menandatangani pemain-pemain berkualiti memantapkan pasukan masing-masing.
Dengan musim dan jadual liga yang panjang serta jadual domestik dan saingan kelab-kelab eropah yang padat, setiap pasukan pastinya akan memastikan pemain-pemain mereka dapat mengelak daripada mengalami kecederaan serta mengekalkan tahap kecergasan tertinggi bagi memastikan kelab mereka mampu terus bersaing pada edisi kali ini. Setiap pengurus pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menentang pasukan lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Keupayaan pasukan menyudahkan setiap gerakan dan peluang menjaringkan gol adalah antara faktor yang penting memastikan kejayaan pasukan masing-masing. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan adalah pemain penyerang pasukan. 

Musim 2015/16 menyaksikan bagaimana ketajaman penyudah penyerang kebangsaan England, Jamie Vardy yang mewakili Leicester City membantu pasukannya mencatatkan keputusan-keputusan penting dengan jaringan beliau seterusnya membantu pasukan muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka. Musim 2016/17 bakal menyaksikan saingan penyerang kelab masing-masing bersaing merebut gelaran kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17. Berikut adalah calon yang Bual Sukan jangkakan mampu bersaing menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Jamie Vardy (Leicester City)
Sergio Aguero (Manchester City)
Romelu Lukaku (Everton)
Olivier Giroud (Arsenal)
Alexis Sanchez (Arsenal)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Diego Costa (Chelsea)
Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa