Nuffnang Ads

Rabu, 3 Ogos 2016

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 Myanmar - Filipina

Kejohanan bola sepak berprestij ASEAN, Piala AFF Suzuki 2016 atau AFF Suzuki Cup 2016 akan berlangsung pada 19 November hingga 17 Disember 2016 akan datang. Kejohanan dwitahunan anjuran ASEAN Football Federation (AFF) ini merupakan kejohanan edisi kesebelas sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996. Myanmar dan Filipina akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan akhir peringkat kumpulan manakala bagi perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan dilangsungkan secara timbal balas di gelanggang pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan tersebut. Kejohanan ini akan disertai oleh 8 pasukan di mana 7 pasukan iaitu pasukan tuan rumah Myanmar dan Filipina serta Thailand, Malaysia, Vietnam, Singapura dan Indonesia telah layak secara automatik. 1 lagi slot pasukan bakal ditentukan oleh 4 negara iaitu Kemboja, Laos, Timor-Leste dan Brunei melalui perlawanan pusingan kelayakan yang akan diadakan di Kemboja pada 15 hingga 21 Oktober 2016 akan datang. 

Pasukan Thailand selaku juara bertahan edisi lalu pastinya sekali lagi akan akan mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki pada edisi 2014 yang lalu. Namun begitu, saingan pastinya sukar dengan pasukan lain juga pastinya turut sama mengimpikan kejayaan mendakap kejuaraan edisi 2016 kali ini. Dalam undian menentukan kedudukan kumpulan yang telah diadakan pada 2 Ogos 2016 (Selasa) di Yangon, Myanmar menyaksikan Kumpulan A melibatkan pasukan Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia manakala Kumpulan B pula menyaksikan pasukan Myanmar diundi bersama-sama pasukan Malaysia, Vietnam serta Juara Kumpulan Pusingan Kelayakan AFF Piala Suzuki 2016. 
www.goal.com


Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain terbaik negara masing-masing bagi menggalas tugasan pada kejohanan ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Ketua Jurulatih juga pastinya mempunya perancangan formasi, strategi serta taktikal terbaik untuk pasukan mereka. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan serta Pusingan Akhir AFF Piala Suzuki 2016 Myanmar - Filipina akan datang :

PUSINGAN KELAYAKAN
15 Oktober 2016
Brunei lwn Timor-Leste
Kemboja lwn Laos

18 Oktober 2016
Timor-Leste lwn Laos
Brunei lwn Kemboja

21 Oktober 2016
Laos lwn Brunei
Kemboja lwn Timor-Leste

PUSINGAN AKHIR : PERINGKAT KUMPULAN
19 November 2016
Thailand lwn Indonesia
Filipina lwn Singapura

20 November 2016
Malaysia lwn Juara Pusingan Kelayakan
Myanmar lwn Vietnam

22 November 2016
Thailand lwn Singapura
Indonesia lwn Filipina

23 November 2016
Malaysia lwn Vietnam
Juara Pusingan Kelayakan lwn Myanmar

25 November 2016
ingapura lwn Indonesia
Filipina lwn Thailand

26 November 2016
Vietnam lwn Juara Pusingan Kelayakan
Myanmar lwn Malaysia

SEPARUH AKHIR PERTAMA
3 Disember 2016

4 Disember 2016

SEPARUH AKHIR KEDUA
7 Disember 2016

8 Disember 2016

PERLAWANAN AKHIR PERTAMA
14 Disember 2016

PERLAWANAN AKHIR KEDUA
17 Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa