Nuffnang Ads

Isnin, 8 Ogos 2016

Bola Sepak : Manchester United Juara 2016 FA Community Shield

Pasukan Manchester United berjaya merangkul kejuaraan pembuka tirai musim 2016/17 iaitu Perisai Komuniti 2016 atau 2016 FA Community Sheild apabila berjaya menewaskan Juara Liga Perdana 2015/16 Leicester City dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley semalam. Gol kemenangan pasukan Manchester United yang dikendalikan oleh pengurus Portugal, Jose Mourinho dijaringkan oleh penyerang tinggi lampai dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic melalui tandukan pada minit ke 83. Pasukan Manchester United mendapat jaringan pertama melalui gerakan solo Jesse Lingard pada minit ke 32 sebelum penyerang berbisa Leicester City, Jamie Vardy menyamakan kedudukan pada minit ke 52 hasil kesilapan barisan pertahanan pasukan.

Kemenangan ini pastinya menjadi pembakar semangat pasukan The Red Devils untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana 2016/17 yang akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. Dengan musim yang panjang, saingan Liga Perdana 2016/17 pastinya menarik untuk diikuti. Bual Sukan percaya, pasukan Leicester City di bawah bimbingan pengurus Itali Claudio Ranieri pastikan akan berusaha mengulangi pencapaian cemerlang musim lalu dengan mengekalkan permainan terbaik mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa