Nuffnang Ads

Rabu, 10 Ogos 2016

Bola Sepak : Real Madrid Juara 2016 UEFA Super Cup

Juara Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League , Real Madrid di bawah kendalian pengurus Perancis, Zinedine Zidane membuka tirai saingan eropah 2016/17 dengan penuh bergaya apabila merangkul gelaran pembuka tirai saingan eropah iaitu Piala Super 2016 atau UEFA 2016 Super Cup. Pasukan Real Madrid menewaskan kelab senegara yang juga juara Piala Liga Europa 2015/16 atau 2015/16 UEFA Europa League, Sevilla dengan keputusan 3-2 selepas masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi di Larkendal Stadion di Trondheim, Norway. Daniel Carvajal menjadi pemusnah kepada pasukan Sevilla apabila beliau berjaya menyempurnakan peluang pada minit le 119 masa tambahan sekaligus membantu pasukannya muncul juara. Ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat Real Madrid setelah muncul juara pada edisi UEFA Super Cup tahun 2002 dan 2014.
 
Pasukan Sevilla dilihat berpeluang muncul juara apabila berjaya mendahului Real Madrid dengan jaringan 2-1 sehinggalah jaringan penyamaan masa tambahan melalui tandukan mudah oleh Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos (minit ke 90+3) mengheret perlawanan ke masa tambahan. Sebelum itu, gol-gol Sevilla dijaringkan oleh Franco Vazquez (minit ke 41) serta penalti Yevhen Konoplyanka (minit ke 72). Gol pertama pasukan Real Madrid dijaringkan oleh Maco Asensio (minit ke 21). Sevilla terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila pemain pertahanan mereka, Timothée Kolodziejczak dibuang padang ekoran menerima 2 kad kuning. Pasukan Real Madrid merehatkan beberapa pemain utama seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale pada perlawanan ini.
Kejayaan ini pastinya akan menjadi pencetus semangat kepada pasukan Real Madrid untuk menghadapi saingan di peringkat domestik dan peringkat eropah musim ini. Bagi pasukan Sevilla pula, mereka selepas ini bakal berdepan FC Barcelona dalam saingan 2016 Supercona de Espana pada 14 dan 17 Ogos 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan eropah musim ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik serta penuh dramatik dan mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Real Madrid atas kejayaan merangkul gelaran edisi 2016 UEFA Super Cup.

1 ulasan:

  1. Sayangnya tahun ni tiada pasukan hebat Man Utd dalam Champ League. Huhu....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa