Nuffnang Ads

Rabu, 14 Disember 2016

Bola Sepak : Senarai Pasukan Liga Malaysia 2017

Musim panjang Liga Malaysia 2016 telahpun berakhir pada bulan Oktober 2016 yang lalu. Pasukan Kedah dinobatkan selaku juara Piala Malaysia 2016 apabila cemerlang menewaskan juara 33 kali iaitu Selangor dengan keputusan penentuan penalti dramatik. Manakala bagi saingan Liga Super 2016 pula, jelas menyaksikan dominasi cemerlang pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) kendalian Mario Gomez muncul juara buat kali ketiga berturut-turut dengan rekod cemerlang tanpa kalah. JDT FC juga cemerlang apabila merangkul kejuaraan pembuka tirai iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 serta merangkul kejuaraan Superbest Power Piala FA 2016. Dalam saingan Liga Premier 2016 menyaksikan pasukan Melaka United di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Mat Zan Mat Aris berjaya merangkul kejuaraan seterusnya bakal bersaingan dalam saingan Liga Super 2017. Turut mengiringi mereka ke saingan Liga Super 2017 ialah pasukan Selangor PKNS FC yang muncul naib juara Liga Premier 2016 menggantikan pasukan PDRM FA dan Terengganu yang jatuh ke saingan Liga Premier 2017 akan datang. Juara dan Naib Juara Piala FAM 2016 iaitu MISC-MIFA dan PKNP FC merupakan pasukan baru Liga Premier 2017 menggantikan pasukan Sime Darby FC yang tersingkir ke saingan Liga FAM 2017. ATM FA yang juga berada di kelompok terbawah Liga Premier 2016 terselamat daripada tersingkir apabila dinaikkan kembali ke saingan Liga Premier 2017 menggantikan pasukan DRB Hicom FC yang menarik diri dalam saingan Liga Malaysia 2017 akan datang. 

Setiap pasukan kini pastinya sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan musim baru Liga Malaysia 2017 akan datang dengan melantik barisan kejurulatiham berwibawa, menandatangani pemain-pemain baru terbaik serta mencari pemain import yang benar-benar berkualiti untuk pasukan masing-masing. Selain itu juga, pemain-pemain muda berpotensi pastinya akan diketengahkan oleh pasukan masing-masing menghadapi musim panjang dan serba mencabar. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya tidak akan mempersiakan pelaburan mereka ke atas barisan kejurulatihan serta pemain tempatan, pemain import dan pemain muda masing-masing. Berikut adalah senarai pasukan untuk saingan Liga Malaysia 2017 akan datang :

LIGA SUPER 2017
LIGA PREMIER 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa