Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Disember 2016

Bola Sepak : Senarai Pemain Import Liga Malaysia 2017

Musim baru Liga Super 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang dengan pasukan Johor Darul Ta'zim FC akan bertemu pasukan Kedah pada perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 20117. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Super 2017 akan datang dengan menandatangani barisan pemain-pemain tempatan baru serta mencari pemain-pemain import berkualiti memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, terdapat pasukan yang melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan suntikan terbaik untuk pasukan masing-masing. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah pemilihan barisan pemain-pemain import untuk pasukan masing-masing. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 4 pemain import dengan 1 kuota dikhaskan untuk pemain-pemain Asia. 
Seperti tahun-tahun lalu, setiap pasukan begitu ghairah mencari pemain-pemain import yang diharapkan mampu membawa cabaran pasukan masing-masing. Namun begitu, pelaburan yang diharapkan kepada mereka tidak membuahkan hasil yang diimpikan pasukan serta penyokong masing-masing. Dengan reputasi pemain import yang diharapkan berbaloi dengan perbelanjaan yang dilaburkan, setiap pasukan kini pastinya akan berhati-hati memilih pemain import mewakili pasukan mereka. Bual Sukan percaya, setiap pasukan akan mengambil pengajaran yang lalu memilih pemain import untuk ditandatangani menghadapi musim Liga Malaysia 2017. Pemain-pemain import yang ditandatangani diharapkan mampu membantu pasukan serta pemain-pemain tempatan meningkatkan tahap permainan mereka supaya lebih kompetitif. Berikut adalah senarai pemain import Liga Malaysia 2017 akan datang : 
Johor Darul Ta'zim FC
Marcos Antonio (Brazil)
Gonzalo Cabrera (Argentina)
Brian Ferreira (Iraq)
Gabriel Miguel Guerra (Argentina)

Felda United
Zah Rahan Krangar (Liberia)
Gaston Cellerino (Argentina)
Lucas Cano (Argentina)
Mootaz Jounaidi (Lebanon)

Kedah
Ken Ilso (Denmark)
Liridon Krisniqi (Kosovo)
Sandro Mendoca (Brazil)
Zac Anderson (Australia)

Kelantan
Margaro Gomis (Senegal)
Mohammed Ghaddar (Lebanon)
Mamadou Danso (The Gambia)
Alessandro Celin (Brazil)

Selangor
*Andik Vermansyah (Indonesia)
Francis Forkey Doe (Liberia)
Ugo Ukah (Nigeria)
Victoras Astafei (Romania)
Juliano Miniero (Timor Leste)

* Pemain tidak disenaraikan bagi Jendela Pertama Pendaftaran Pemain ekoran kecederaan. 

Perak TBG
Thiago Junior Aquino (Brazil)
Vladislav Mirchev (Bulgaria)
Faton Toski (Kosovo)
Yashir Pinto (Palestin)

T-Team
Mamadou Samassa (Mali)
Ibrahima Sidibe (Senegal)
Farhod Tadjiev (Uzbekistan)
Dilshod Sharofetdinov (Uzbekistan)

Sarawak
Demerson (Brazil)
Mark Hartmann (Filipina)
Lee Jong-ho (Korea Selatan) 
Mateo Roskam (Croatia)

Pahang FC
Mohamadou Sumareh (Gambia)
*Kiko Insa (Sepanyol)
Matheus Alves (Brazil)
Heo Jae-woon (Korea Selatan)
Chinedu Bright Dike (Nigeria/USA)

* Pemain Naturalisasi (Bapa berasal dari Sabah)

Pulau Pinang
Reinaldo Lobo (Brazil)
Nigel Dabinyaba (Papua New Guinea)
Diogo Ferreira (Australia)
Andrew James Russell (Hong Kong)

Melaka United
Godwin Antwi (Ghana)
Sergio Fabian Ezequiel Aguero (Argentina)
Illija Spasojevic (Montenegro)
Jeon Woo-young (Korea Selatan)
*Omid Nazari (Filipina)

* Digugurkan ekoran masalah kecergasan.

PKNS FC
Gonzalo Soto (Argentina)
Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia)
Matias Jadue (Palestin)
Lucas Espindola (Argentina)
PDRM FA
Souleymane Konate (Mali)
Frederic Pooda (Ivory Coast)
Dao Bakary (Ivory Coast)
Safuwan Baharudin (Singapura) 

Terengganu

Federico Falcone (Argentina)
Issey Nakajima-Ferran (Kanada)
Lazaro Vinicius Alves Martins (Brazil)
Lutfulla Turaev (Uzbekistan)

Johor Darul Ta'zim II

Nicolas Alberto Fernandez (Argentina)
Alex Smith (Australia)
Samuel Caceres (Paraguay)
Jeronimo Barrales (Argentina)

Negeri Sembilan

Lee Tuck (England)
Marko Simic (Croatia)
Bruno Castanheira (Jepun)
Nemanja Vidic (Serbia)

Kuala Lumpur
Guilherme da Paula (Brazil)
Nicolas Dul (Argentina)
Modibo Konte (Mali)
Bobur Akbarov (Uzbekistan)

Perlis
Damion Stewart (Jamaica)
Park Yong-joon (Korea Selatan)
Oh Kyu-bin (Korea Selatan)
Brandon Adams (England)

Kuantan FA

Ljubo Baranin (Serbia)
Stefan Vukmirovic (Serbia)
Shunsuke Nakatake (Jepun)
Shin Un-seob (Korea Selatan)

Sabah 

Igor Cerina (Croatia)
Jonathan Behe (Perancis)
Sofiane Choubani (Perancis)
Masaya Jitozono (Jepun)

UiTM FC 

Marcel Dechi N'Guessan (Ivory Coast)
Onorionde Kughegbe (Nigeria)
Akanni Sunday Wasiu (Nigeria)
Do Dong-hyun (Korea Selatan)

ATM FA

Bae Beom-Geun (Korea Selatan)
Sirojiddin Rakhmatullaev (Uzbekistan)
Ikbol Babakhanov (Uzbekistan)
Pavel Smolyachenko (Uzbekistan)

MISC - MIFA 
Michael Ijezie (Nigeria)
Tagne Foguieng Bodric Dimitri (Cameroon)
Alan Aciar (Argentina)
Steven Imbiri (Indonesia)

PKNP FC
Vincent Weigl (Belanda)
Ritus Krjauklis (Latvia)
Gilberto Furtunato (Brazil)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa