Nuffnang Ads

Sabtu, 28 Januari 2017

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Super 2017

Liga Super Malaysia 2017 telah pun bermula pada 20 Januari 2017 yang lalu. 12 pasukan bakal bersaing merebut takhta kejuaraan edisi 2017. Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC selaku juara bertahan 3 tahun berturut-turut pastinya sekali lagi akan sedaya upaya mengekalkan kejuaraan mereka buat kali keempat. Namun begitu, saingan sengit 11 pasukan lain juga pastinya menarik dan tiada laluan mudah buat JDTFC mempertahankan kejuaraan mereka dalam Liga Super 2017.

Dengan musim Liga Malaysia 2017 yang panjang, setiap pasukan pastinya akan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kemampuan mengutip mata berharga amat ditagih oleh pasukan masing-masing. Antara tumpuan menarik Liga Super 2017 adalah kemampuan penyerang pasukan masing-masing meledakkan jaringan. Musim lalu menyaksikan bagaimana 2 penyerang import JDTFC iaitu Jose Pareyra Diaz dan Juan Martin Lucero berjaya membantu pasukan Harimau Selatan dengan jaringan mereka. Musim 2017 menyaksikan kedua-dua pemain ini tidak lagi bersama pasukan JDTFC.
Pada pandangan Bual Sukan, masih terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang bakal mengungguli gelaran kasut emas selaku penjaring terbanyak. Dengan setiap pasukan bakal bermain dalam 22 perlawanan, keputusan positif amat diharapkan. Siapakah yang bakal bergelar penggempur berbisa Liga Super 2017? Adakah penyerang import bakal terus mendominasi carta penjaring gol atau penyerang tempatan mampu memberi saingan? Berikut adalah antara pemain tempatan dan pemain import yang Bual Sukan jangkakan mampu bersaing bergelar penjaring terbanyak edisi Liga Super 2017 ini :

Pemain Import
Gabriel Guerra (Johor Darul Ta'zim FC)
Lucas Cano (Felda United)
Ken Ilso (Kedah)
Mohammad Ghaddar (Kelantan)
Francis Forkey Doe (Selangor)
Vladislav Merchev (Perak)
Farhod Tadjiev (TTeam)
Mateo Roskam (Sarawak)
Mattheus Alves (Pahang)
Nigel Dabinyaba (Pulau Pinang)
Illja Spasojevic (Melaka United)
Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)

Pemain Tempatan
Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta'zim FC)
Nor Shahrul Idlan Talaha (Felda United)
Syafiq Ahmad (Kedah)
Nor Farhan Muhammad (Kelantan)
Adam Nor Azlin (Selangor)
Zaquan Adha (Perak TBG)
Nor Hakim Hassan (TTeam)
Tommy Mawat (Sarawak)
Ashari Samsudin (Pahang)
Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang)
Mohd. Amri Yahyah (Melaka United)
Safee Sali (PKNS FC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa