Nuffnang Ads

Ahad, 29 Januari 2017

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Premier 2017


Sepak mula Liga Premier 2017 telahpun bermula pada 20 Januari 2017 yang lalu dengan 12 pasukan bakal bersaing merebut gelaran juara Liga Premier 2017. Selain itu 12 pasukan ini bakal merebut 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2018 serta 5 slot pasukan ke saingan Piala Malaysia 2017 akan datang. Dengan setiap pasukan telah membuat perancangan rapi, saingan kali ini sudah pastinya menarik dan tidak mustahil kejutan boleh berlaku. 

Ketua Jurulatih pasukan masing-masing juga pastinya akan membuat perancangan formasi, strategi dan taktikal dengan teliti menghadapi lawan masing-masing. Dengan sasaran mencapai kemenangan, antara elemen penting yang pastinya difokuskan adalah kemampuan memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol sekaligus mencapai keputusan terbaik. Selain itu juga, elemen disiplin pertahanan juga pastinya difokuskan oleh pasukan masing-masing. seperti edisi Liga Premier yang lalu, carta jaringan didominasikan oleh penyerang tempatan sesuai dengan pelaburan yang dilakukan oleh pasukan masing-masing. Namun begitu, kemampuan penyerang tempatan juga wajar diberikan perhatian agar tidak ketandusan bakat penyerang yang bakal mewakili pasukan kebangsaan di masa akan datang.
Bual Sukan menjangkakan, saingan perebutan kasut emas Liga Premier 2017 sekali lagi bakal didominasikan oleh penyerang import. Namun tidak mustahil, pemain tempatan mampu bersaing untuk edisi kali ini. Berikut adalah Calon Penjaring Terbanyak Liga Premier 2017 pada pandangan Bual Sukan :

Pemain import
Dao Bakary (PDRM FA)
Issey Nakajima-Farran (Terengganu)
Gabriel Guerra (Johor Darul Ta'zim II)
Bruno Suzuki Castanheira (Negeri Sembilan)
Guilherme da Paula (Kuala Lumpur)
Brandons Adam (Perlis)
Stefan Vukmirovic (Kuantan FA)
Jonathan Behe (Sabah)
Akanni-Sunday Wasu (UiTM FC)
Pavel Smolyachenko (ATM FA)
Tagne Foguieng Dimitri Bodric (MISC-MIFA)
Gilberto Fortunato (PKNP FC)

Pemain Tempatan
Khairul Izuan Abdullah (PDRM FA)
Feriss Danial (Terengganu)
Rozaimi Abdul Rahman (Johor Darul Ta'zim II)
Faderin Kadir (Negeri Sembilan)
Abdul Manaf Mamat (Kuala Lumpur)
Muhd. Zafuan Azeman (Perlis)
Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)
Leopold Alfonso (Sabah)
Anwarul Hafiz Ahmad (UiTM FC)
Venice Elphi (ATM FA)
K.Ravindran (MISC-MIFA)
G.Mugenthiran (PKNP FC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa