Nuffnang Ads

Selasa, 31 Januari 2017

Bola Sepak : JDTFC Tewaskan Bangkok United FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC bimbingan Ketua Jurulatih berasal dari Mexico hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah apabila berjaya ke peringkat pusingan akhir playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 apabila berjaya menewaskan kelab Thailand, Bangkok United FC. JDTFC menang penentuan penalti dramatik 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1 tamat 120 minit perlawanan. Gol JDTFC dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Safiq Rahim namun disamakan oleh Bangkok United FC di minit-minit akhir perlawanan masa tambahan melalui Jaycee John sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Kejayaan ini nyata amat bermakna selepas 2 kali terkandas pada pusingan yang sama pada edisi 2015 dan 2016 kedua-duanya tewas kepada kelab Thailand.
JDTFC sebelum itu terpaksa beraksi dengan dengan 10 pemain apabila penyerang import mereka Jeronimo Berrales dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Laluan JDTFC seterusnya adalah kelab dari Liga J1 Jepun Gamba Osaka dalam perlawanan yang dijadualkan pada 7 Februari 2017 akan datang. Bual Sukan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan JDTFC atas kejayaan melangkah ke pusingan akhir playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa