Nuffnang Ads

Jumaat, 20 Januari 2017

Bola Sepak : Kedah Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Pasukan Kedah berjaya merangkul gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 apabila berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta'zim FC dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat dengan keputusan seri 1-1. Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Benjamin Mora membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Ketua Pasukan mereka, Safiq Rahim sebelum di samakan oleh Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar hasil percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol JDTFC, Farizal Marlias. JDTFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabina bek kanan mereka, S.Kunanlan dilayangkan kad merah setelah menerima 2 kad kuning daripada pengadil perlawanan.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan sepakan penalti keempat pasukan JDTFC oleh pemain import mereka Brian Ferreira dimanfaatkan apabila pemain import Kedah iaitu Liridon Krisniqi berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima sekaligus berjaya membawa pasukan Helang Merah muncul juara edisi 2017. Sepakan penalti pasukan Kedah disempurnakan oleh Farhan Roslan, Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakthiar dan Liridon Krisniqi manakala penalti pasukan JDTFC disempurnakan oleh Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim. Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih selaku pemain terbaik perlawanan ini atas sumbangan kepada pasukan Lang Merah.

Kedua-dua pasukan ini juga turut berkongsi 1 mata dalam Liga Super 2017 hasil keputusan seri ini. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Kedah merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 ini. Pasukan JDTFC pastinya akan berusaha bangkit lebih garang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa