Nuffnang Ads

Khamis, 19 Januari 2017

Bola Sepak : Liga Malaysia 2017 Kini Kembali

Musim baru Liga Malaysia 2017 kini bakal kembali mewarnai kancah bola sepak negara. Perlawanan pembuka tirai Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 bakal menemukan juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta'zim FC dengan juara Piala Malaysia 2016, Kedah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru. 12 pasukan masing-masing akan bersaing dalam Liga Super 2017 dan Liga Premier 2017 bagi menentukan juara liga 2017. Setiap pasukan telahpun membuat persiapan rapi sepanjang Liga Malaysia berehat dengan menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, terdapat pasukan yang telah merombak pasukan dengan melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing.

Bual Sukan menjangkakan edisi Liga Malaysia 2017 akan datang pastinya akan diwarnai dengan pelbagai elemen-elemen menarik sekaligus kembali memartabatkan sukan bola sepak Malaysia. Selamat berjuang dengan penuh semangat kesukanan kepada setiap pasukan. Semoga penyokong-penyokong disajikan dengan aksi yang menarik pasukan kesayangan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa