Nuffnang Ads

Rabu, 18 Januari 2017

Bola Sepak : Mario Gomez dilepaskan Johor Darul Ta'zim FC

Dua hari sebelum sepak mula Liga Malaysia 2017 berlangsung, pasukan juara 3 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim FC (JDTFC) atau nama gelaran mereka Harimau Selatan telah bersetuju secara bersama melepaskan Ketua Jurulatih mereka dari Argentina, Mario Gomez. Perkara ini disahkan secara rasmi oleh Presiden Persatuan Bolasepak Johor Darul Ta'zim (Johor Darul Ta'zim Football Club), YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim melalui facebook rasmi pasukan JDTFC iaitu Johor Southern Tigers (https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/). Mario Gomez sebelum ini telah membawa pasukan JDTFC merangkul 2 kejuaraan Liga Super Malaysia (2015 & 2016), Piala FA Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2016) dan yang pastinya paling membanggakan adalah kejayaan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 sekaligus muncul pasukan pertama Malaysia dan Asia Tenggara memenangi kejuaraan ini. JDTFC dijadualkan bertemu pasukan Kedah pada 20 Januari 2017 (Jumaat) untuk perlawanan pembuka tirai Liga Super 2017 serta penentuan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017.
Bual Sukan percaya, pasukan JDTFC pastinya akan terus digeruni di peringkat liga tempatan mahupun saingan yang lebih tinggi iaitu di peringkat AFC walaupun ketiadaan Ketua Jurulatih mereka Mario Gomez. Dengan barisan pemain sedia ada tidak mustahil pasukan Harimau Selatan ini masih mampu menggapai kejayaan cemerlang di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baru kelak. Diberitakan bahawa, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim II, Benjamin Mora dari Mexico akan mengambilalih jawatan Ketua Jurulatih pasukan JDTFC bagi musim ini. Apapun selamat maju jaya kepada pasukan JDTFC serta bekas Ketua Jurulatih mereka Mario Gomez di masa akan datang.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa