Nuffnang Ads

Sabtu, 14 Januari 2017

Bola Sepak : Piala FA Malaysia 2017

Saingan kalah mati berprestij bola sepak Malaysia, Piala FA 2017 akan kembali pada Februari 2017 akan datang. Edisi ke 27 ini bakal disertai oleh 37 pasukan iaitu 12 pasukan Liga Super 2017, 12 Pasukan Liga Premier 2017 dan 13 pasukan Liga FAM 2017. Juara Piala FA Malaysia 2017 akan mewakili kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2018 akan datang. Perlawanan Pusingan Pertama akan berlangsung pada 5 Februari 2017 melibatkan 10 pasukan Liga FAM 2017 bagi merebut 5 slot pasukan ke Pusingan Kedua. 12 pasukan Liga Super 2017, 12 pasukan Liga Premier 2017 serta 3 pasukan Liga FAM 2017 layak secara automatik ke Pusingan Kedua. Undian Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua telah diadakan pada 22 Disember 2016 yang lalu. Juara bertahan Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim FC pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, pasukan JDT FC berdepan laluan berliku apabila pada pusingan kedua mereka telah diundi berdepan pasukan naib juara Liga Super 2016 iaitu Felda United FC.
Bual Sukan menjangkakan. edisi Piala FA 2017 pastinya menjanjikan saingan menarik dan tidak mustahil pasukan-pasukan kecil mampu melakar kejutan ke atas pasukan-pasukan yang berada di liga yang lebih tinggi berbanding pasukan mereka. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala FA Malaysia 2017 akan datang :

Pusingan Pertama (10 Pasukan)
5 Februari 2017 (Ahad)
Penjara FC lwn Felcra FC
*Sungai Ara FC lwn MOF FC
PBMS FC lwn SAMB FC
PJ Rangers FC lwn DYS FC*

* Sungai Ara FC dan DYS FC menarik diri. MOF FC dan PJ Rangers FC mara ke Pusingan Kedua

6 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Shahzan Muda FC

Pusingan Kedua (32 Pasukan)

13 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Kuantan FA
Felcra FC lwn Terengganu

14 Februari 2017 (Selasa)
MPKB-BRI U-Bes FC lwn Pulau Pinang
PKNP FC lwn Kelantan
Melaka United lwn PKNS FC
Felda United FC lwn Johor Darul Ta'zim FC
Johor Darul Ta'zim II lwn Pahang FC
Kedah lwn Kuala Lumpur FC
PJ Rangers FC lwn UiTM FC
Perlis lwn PDRM FA
Selangor lwn Negeri Sembilan
Sarawak lwn MISC-MIFA
Sabah lwn UKM FC
T-Team lwn ATM FA

15 Februari 2017 (Rabu)
Perak lwn PBMS FC
KDMM FC lwn MOF FC

Pusingan Ketiga (16 Pasukan)
(Undian Pada 19 Februari 2017)
10/11 Mac 2017 (Jumaat/Sabtu)
Perak lwn Kedah
TTeam lwn Terengganu
PKNP FC lwn Kuantan FA
Perlis lwn Sarawak
Negeri Sembilan lwn Pulau Pinang
Sabah lwn MOF FC
Pahang FC lwn Melaka United
Johor Darul Ta'zim FC lwn UiTM FC

** Jadual tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa