Nuffnang Ads

Rabu, 18 Januari 2017

Bola Sepak : Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon

Kejohanan berprestij bola sepak benua Afrika atau Zon Konfederasi Bolasepak Afrika (Confederation of African Football (CAF)), Piala Negara-Negara Afrika 2017 atau 2017 Africa Cup of Nations (AFCON 2017) sedang berlangsung bermula pada 14 Januari hingga 5 Februari 2017. Edisi kali ke 31 ini akan dihoskan oleh negara Gabon. Kejohanan edisi 2 tahun sekali ini melibatkan 16 pasukan yang bakal bersaing merebut kejuaraan edisi kali ini. Pasukan Ivory Coast merupakan juara bertahan edisi 2015 yang berlangsung di Equatorial Guinea. Juara edisi 2017 kali ini akan mewakili pasukan Zon CAF ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia pada bulan Jun 2017 akan datang.

16 negara ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan layak ke pusingan suku akhir. Edisi kali ini menyaksikan pasukan Guinea-Bissau membuat kemunculan buat kali pertama dalam sejarah Piala Negara-Negara Afrika, Antara pasukan pilihan Afrika yang gagal ke pusingan akhir kali ini ialah pasukan Nigeria dan Afrika Selatan. Bual Sukan percaya, kejohanan AFCON 2017 kali ini pastinya akan berlangsung dengan sengit dan tiada laluan mudah buat pasukan juara bertahan iaitu Ivory Coast mempertahankan kejuaraan mereka. Edisi kali ini juga pastinya menjadi tumpuan dan tidak mustahil lebih ramai bintang-bintang bola sepak benua afrika dilahirkan pada kejohanan edisi kali ini. Antara bintang yang bakal menjadi tumpuan ialah Riyad Mahrez (Algeria), Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon), Sadio Mane (Senegal), Andre Ayew (Ghana), Franck Kessie (Ivory Coast), Benjamin Moukandjo (Cameroon), Mohamed Salah (Mesir) dan ramai lagi.

Berikut adalah kedudukan kumpulan dan Jadual Perlawanan AFCON 2017 :

KUMPULAN A
Gabon, Guinea-Bissau, Burkina Faso, Cameroon
14 Januari 2017
Gabon lwn Guinea-Bissau
Burkina Faso lwn Cameroon

18 Januari 2017
Gabon lwn Burkina Faso
Cameroon lwn Guinea-Bissau

22 Januari 2017
Cameroon lwn Gabon
Guinea-Bissau lwn Burkina Faso

KUMPULAN B
Algeria, Zimbabwe, Tunisia, Senegal
15 Januari 2017
Algeria lwn Zimbabwe
Tunisia lwn Senegal

19 Januari 2017
Algeria lwn Tunisia
Senegal lwn Zimbabwe 

23 Januari 2017
Senegal lwn Algeria
Zimbabwe lwn Tunisia

KUMPULAN C
Ivory Coast, Togo, DR Congo, Morocco
16 Januari 2017
Ivory Coast lwn Togo
DR Congo lwn Morocco

20 Januari 2017
Ivory Coast lwn DR Congo
Morocco lwn Togo

24 Januari 2017
Morocco lwn Ivory Coast
Togo lwn DR Congo

KUMPULAN D
Ghana, Uganda, Mali, Egypt
17 Januari 2017
Ghana lwn Uganda
Mali lwn Egypt

21 Januari 2017
Ghana lwn Mali
Egypt lwn Uganda

25 Januari 2017
Egypt lwn Ghana
Uganda lwn Mali

SUKU AKHIR
28 Januari 2017
Burkina Faso lwn Tunisia
Senegal lwn Cameroon

29 Januari 2017
DR Congo lwn Ghana
Egypt lwn Morocco

SEPARUH AKHIR

1 Februari 2017
Burkina Faso lwn Egypt

2 Februari 2017
Cameroon lwn Ghana

PENENTUAN TEMPAT 3/4

4 Februari 2017
Burkina Faso lwn Ghana

PERLAWANAN AKHIR

5 Februari 2017
Egypt lwn Cameroon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa