Nuffnang Ads

Ahad, 1 Januari 2017

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Sepak mula Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang di mana Juara Piala Malaysia 2016, iaitu Kedah bakal bertemu dengan pasukan juara tiga kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim FC pada perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin. Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 atau juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2017 merupakan edisi kali ke 32 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985.

Pasukan JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Ini kerana mereka memiliki deretan pemain-pemain berstatus bintang, pemain import berkualiti serta barisan pemain-pemain baru dalam satu pasukan. Namun begitu, saingan pasukan Kedah atau Lang Merah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ini pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana mereka memiliki gandingan pemain berpengalaman, pemain import berkualiti selain pemain-pemain muda berpotensi yang pastinya membentuk ramuan pasukan yang mantap bersaingan dengan JDT FC. 
Bual Sukan menjangkakan, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan satu pertembungan dramatik dan terbaik sepanjang aksi 90 minit antara kedua-dua pasukan. Semoga kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing seterusnya memberikan masa depan yang cerah kepada bola sepak negara. Siapa pun yang menang adalah penting mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi memartabatkan bola sepak Malaysia di masa mendatang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa