Nuffnang Ads

Selasa, 31 Januari 2017

Bola Sepak : Pusingan Kelima Piala FA Inggeris 2016/17

Saingan Piala FA Inggeris 2016/17 atau The Emirates FA Cup 2016/17 telah pun memasuki Pusingan Kelima. 16 pasukan masih meneruskan saingan merebut 8 tempat ke Pusingan Keenam. Saingan bola sepak kalah mati tertua di dunia ini telahpun memasuki edisi ke 136 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1871/72. Juara bertahan musim 2015/16 Manchester United bersama-sama pasukan pilihan seperti Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur adalah antara pasukan yang berjaya ke saingan pusingan kelima kelak.

Seperti edisi-edisi Piala FA Inggeris terdahulu, beberapa keputusan mengejut telah berlaku di mana pasukan yang beraksi dalam liga bawahan berjaya mengejutkan pasukan yang bersaing dalam liga yang lebih tinggi. Dalam undian Pusingan Kelima yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 20 Februari 2017 akan datang, pasukan-pasukan pilihan ini berjaya mengelakkan pertemuan sesama sendiri. Berikut adalah undian Pusingan Kelima The Emirates FA Cup 2016/17 akan datang :

18 Februari 2017 (Sabtu)
Burnley lwn Lincoln City
Middlesbrough lwn Oxford United
Wolves lwn Chelsea
Huddersfield Town lwn Manchester City
Millwall lwn Leicester City

19 Februari 2017 (Ahad)
Fulham lwn Tottenham Hotspur
Blackburn Rovers lwn Manchester United

20 Februari 2017 (Isnin)
Sutton United lwn Arsenal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa