Nuffnang Ads

Isnin, 23 Januari 2017

Bola Sepak : Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2017 UAE akan berlangsung hari ini jam 8.00 malam. Undian ini akan berlangsung di Abu Dhabi, UAE bersekali dengan pelancaran logo rasmi AFC Piala Asia 2019 UAE. 24 buah negara akan diundi dalam 6 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan melangkah ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2019 UAE. 12 pasukan sebelum ini telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir akan datang.

24 pasukan ini terdiri daripada 4 pasukan yang muncul selaku naib juara kumpulan kelayakan pusingan kedua, 7 pasukan tempat ketiga kumpulan kelayakan pusingan kedua, 3 pasukan terbaik tempat keempat kumpulan kelayakan pusingan kedua, 5 pasukan pemenang saingan playoff pusingan pertama, 3 pasukan pemenangan saingan playoff pusingan kedua manakala 2 lagi pasukan ialah juara dan naib juara Kejohanan AFC Piala Solidariti 2016 iaitu Nepal dan Macau yang menggantikan pasukan Kuwait (penggantungan oleh FIFA) serta pasukan Guam (menarik diri). 

24 pasukan ini telah dibahagikan kepada berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA yang dikeluarkan pada 12 Januari 2017. Pasukan Malaysia atau Harimau Malaysia berada di balang 4 undian berikutan kedudukan pasukan negara di ranking ke 161 dunia. Berikut adalah kedudukan balang undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :
Balang 1
Jordan (107)
Oman (118)
Filipina (122)
Bahrain (123)
Republik Kyrgyz (124)
Korea Utara (125) 

Balang 2
India (129)
Palestin (131)
Tajikistan (132)
Vietnam (136)
Hong Kong (140)
Turkmenistan (143) 

Balang 3 
Maldives (145)
Lebanon (148)
Yemen (149)
Afghanistan (151)
Chinese Taipei (157)
Myanmar (159)

Balang 4 
Malaysia (161)
Singapura (165)
Cambodia (172)
Nepal (174)
Bhutan (176)
Macau (184)

Perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 akan datang melibatkan 6 perlawanan bagi setiap pasukan iaitu 3 laman sendiri dan 3 di laman lawan. Bual Sukan akan mengemaskini kedudukan Kumpulan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selepas undian kumpulan diadakan pada jam 8.00 malam ini. Berikut adalah kedudukan Kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa