Nuffnang Ads

Jumaat, 17 Februari 2017

Badminton : Wakil Malaysia ke YONEX All England Open Badminton Championships 2017

Kejohanan berprestij badminton dunia Kejohanan Badminton YONEX Terbuka Seluruh England 2017 atau YONEX All England Open Badminton Championships 2017 akan kembali mewarnai saingan badminton dunia. Kejohanan edisi ke 107 ini akan berlangsung pada 7 hingga 12 Mac 2017 akan datang di Arena Barclaycard, Birmingham. Kejohanan ini pastinya akan menyaksikan pemain-pemain ternama dunia beraksi merebut kejuaraan dengan nilai hadiah keseluruhan dianggarkan sebanyak USD600,000.00. Kejohanan berprestij ini pastinya bakal menyajikan aksi terbaik pemain seluruh dunia berentap sesama sendiri untuk merebut gelaran masing-masing. Setiap pemain yang layak mewakili negara masing-masing pastinya sedang giat menjalani latihan dengan gigih supaya dapat memberikan aksi terbaik menentang lawan masing-masing. 

Bagi pasukan badminton Malaysia, cabaran skuad negara bakal diketuai oleh pemain perseorangan nombor satu negara dan dunia iaitu Dato' Lee Chong Wei. Selain itu gandingan bergu lelaki nombor satu dunia ketika ini, Goh V Shem - Tan Wee Kiong turut menggalas tanggungjawab membawa cabaran negara ke saingan kejohanan kali ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain negara akan memberikan aksi terbaik masing-masing dalam kejohanan ini kelak. Segala permasalahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar gelanggang pastinya akan cuba dielakkan bagi terus kekal fokus menghadapi kejohanan ini. Selamat berjuang kepada barisan pemain negara dalam YONEX All England Open Badminton Championships 2017 akan datang.

Berikut adalah pemain-pemain negara yang bakal beraksi di YONEX All England Open Badminton Championships 2017 pada 7 hingga 12 Mac 2017 :

Perseorangan Lelaki
Dato' Lee Chong Wei
Zulfadli Zulkifli

Perseorangan Wanita
Tiada Wakil

Bergu Lelaki
Goh V Shem - Tan Wee Kiong
Ong Sin Yew - Teo Ee Yi
Tan Boon Heong - Hendra Setiawan (Gandingan Malaysia/Indonesia)

Bergu Wanita
Vivian Hoo - Woon Khe Wei
Lim Peiy Yee - Lim Peiy Zhean - Pusingan Kelayakan 
Saniru Sannatasah - Nadia Fankhauser (Gandingan Malaysia - Switzerland) - Pusingan Kelayakan

Bergu Campuran
Chan Peng Soon - Goh Liu Ying
Tan Kian Meng - Lai Pei Jing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa