Nuffnang Ads

Ahad, 12 Februari 2017

Bola Sepak : Azmi Mohamed Letak Jawatan

Ketua Jurulatih pasukan Felda United, Azmi Mohamed menjadi Ketua Jurulatih kedua pasukan Liga Super 2017 selepas Mario Gomez meninggalkan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan apabila mengumumkan perletakan jawatan beliau baru-baru ini. Beliau sempat membimbing pasukan The Fighters dalam 3 perlawanan di mana pasukan Felda United mencatat 1 kemenangan menewaskan PKNS FC (1-0), 1 seri dengan Kedah (1-1) serta 1 kekalahan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim FC (3-1). Pasukan Felda United merupakan pasukan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu.

Selain itu, pasukan Felda United juga bakal menggalas cabaran sebagai salah satu wakil negara ke saingan Piala AFC 2017 yang akan bermula pada 21 Februari 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, pasukan Felda United akan melantik Ketua Jurulatih baru dalam masa terdekat ini menggantikan Azmi Mohamed bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2017 selain saingan Piala AFC 2017 akan datang. Apa pun kemelut yang berlaku, pasukan Felda United seharusnya terus kekal fokus untuk terus bersaingan pada musim Liga Malaysia 2017 ini. Semoga pasukan The Fighters akan terus memberikan saingan terbaik dengan barisan pemain-pemain berkualiti yang mereka miliki. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa