Nuffnang Ads

Rabu, 8 Februari 2017

Bola Sepak : Cabaran Felda United FC di Piala AFC 2017

Pasukan Felda United FC buat pertama kali akan bersaing pada saingan Piala AFC 2017 mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta'zim FC. Pasukan The Fighters kendalian Ketua Jurulatih sementara Mohd bin Nik merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan Ha Noi T&T FC (Vietnam), Ceres-Negros FC (Filipina) dan Tempines Rovers FC (Singapura). Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan terakhir peringkat kumpulan dijadualkan pada 3 Mei 2017.

Setiap pasukan dalam Kumpulan G ini dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk merebut gelaran juara kumpulan seterusnya melangkah ke pusingan seterusnya pada edisi Piala AFC 2017 akan datang. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain mempunyai disilpin pertahanan yang baik dilihat berpeluang cerah merebut slot ke peringkat seterusnya. Bual Sukan percaya, pasukan Felda United pastinya akan memberikan cabaran yang sengit dengan ketiga-tiga kelab ini bagi memastikan wakil negara melangkah lebih jauh pada edisi kali ini.

Setiap perlawanan yang dihadapi pastinya amat penting untuk mencapai keputusan yang baik seterusnya mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir zon pada edisi kali ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan G Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Ceres-Negros FC (Filipina) 
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) 

7 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)

19 April 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Ceres-Negros FC (Filipina) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa