Nuffnang Ads

Rabu, 8 Februari 2017

Bola Sepak : Cabaran Johor Darul Ta'zim FC di Piala AFC 2017

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDTFC) selaku Juara Liga Super Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2016 sekali lagi akan bersaing di Kejohanan Piala AFC 2017 akan datang bersama-sama dengan Naib Juara Liga Super Malaysia 2016, Felda United FC. Ini merupakan penyertaan kali keempat pasukan Harimau Selatan dalam saingan Piala AFC di mana penyertaan pertama mereka adalah pada tahun 2009 diikuti pada saingan 2015 dan 2016. Saingan Piala AFC 2017 ini merupakan edisi ke 14 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2004. Pasukan Harimau Selatan merupakan juara Piala AFC 2015 sekaligus memecah dominasi kelab-kelab Asia Barat yang sentiasa menjadi juara setiap edisi kejohanan Piala AFC. Pada saingan Piala AFC 2016 yang lalu, pasukan JDTFC terkandas di pusingan separuh akhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab India, Bengaluru FC. Bagi saingan Piala AFC 2017, format pertandingan telah dipinda supaya saingan dilihat lebih kompetitif.

Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Mexico, Benjamin Mora telah diundi dalam kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Cambodia). Perlawanan pertama akan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan terakhir kumpulan akan berlangsung pada 3 Mei 2017. Setiap kelab dilihat berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya di mana 3 pasukan juara akan ke peringkat separuh akhir zon beserta 1 pasukan Naib Juara terbaik Kumpulan F, G dan H . Setiap kelab ini mempunyai barisan pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan dengan pemain import serta barisan pemain muda berpotensi masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya mempunyai peluang yang lebih cerah ke saingan peringkat berikutnya. Ketua Jurulatih masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing.
Bual Sukan menjangkakan saingan menarik akan dipamerkan oleh JDTFC bagi mencerahkan peluang merangkul kejuaraan edisi Piala AFC 2017 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan F Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Global FC (Filipina) lwn Magwe FC (Myanmar)
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

7 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Global FC (Filipina)
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Magwe FC (Myanmar), 
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) 
Magwe FC (Myanmar) lwn Global FC (Filipina)

3 Mei 2017
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)
Global FC (Filipina) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa