Nuffnang Ads

Selasa, 21 Februari 2017

Bola Sepak : Calon Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia Penggal 2017 - 2021

Pemilihan tampuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Football Association of Malaysia (FAM) bagi penggal 2017 - 2021 (5 Tahun) akan berlangsung pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 dijadualkan 25 Mac 2017 (Khamis) akan datang di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk Penggal 2017 - 2021 ini bakal menyaksikan 38 calon merebut 17 tempat dalam pemilihan barisan kepimpinan baru. Paling mencuri tumpuan pastinya pertarungan merebut kerusi paling hangat selaku Presiden FAM yang bakal menyaksikan pertarungan 1 lawan 1 di antara 2 tokoh bola sepak tempatan iaitu calon pilihan ramai yang juga penaung pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang bakal ditentang oleh Tan Sri Haji Annuar Haji Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang kini merupakan Penasihat KAFA.

Jawatanlain turut menyaksikan calon-calon bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden (2 jawatan/3 Calon), Naib Presiden (4 Jawatan/9 Calon), Exco Lelaki (8 Jawatan/17 Calon) serta Exco Wanita (2 Jawatan/7 Calon). Bual Sukan percaya, ahli gabungan akan memilih calon-calon yang mampu bekerjasama secara satu pasukan yang jitu bagi mengangkat semula martabat bola sepak negara di tahun-tahun mendatang. Sudah pastilah mereka yang terpilih menggalas tanggungjawab ini akan melaksanakan tugasan mereka mengikut mandat yang ditetapkan. Peminat bola sepak tempatan pastinya mengharapkan kepimpinan baru mampu membawa sinar harapan ke atas sukan bolasepak negara dalam pelbagai aspek pengurusan sukan bola sepak.

Berikut adalah senarai calon Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2017 - 2021 akan datang : 

Presidem FAM (2 Calon)
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tan Sri Hj. Annuar Bin Hj. Musa

Timbalan Presiden FAM (3 Calon)
Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Mahadi
Dato' Sri Hj Afandi Bin Hamzah
Dato' Sri Subahan Kamal

Naib Presiden FAM (9 Calon)
Dato' Zainol Fadzi Paharudin
Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Encik Mohd Joehari Mohd Ayob
Dato' Ab. Ghani Bin Hassan
Dato' Takiyuddin Hj Hassan
Datuk Hj Rosmadi Bin Ismail
Dato' Dr Hj Shamsul Anwar Bin Sulaiman
Datuk Astaman Hj Abdul Aziz
Encik Marzuki Sulong

Exco FAM - Lelaki (17 Calon)
Tn Hj Abdul Aziz Yeop Jamaludin
Supt Mohd Dali Wahid
Dato' Azril Bin Mat Drus
Encik Subkhiddin Hj Mohd Salleh
Encik Mohd Firdaus Mohamed
Encik Christopher Raj Aralanthu
Dato' Jefferey Low Han Chau
Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Dato' Azisman Alias
Dato' Aminuddin Omar
Dato' Muhammad Yadzan Mohammad
Tn Hj Ishsam Bin Shahrudin
Encik Nik Ahmad Yaakub
Dato' Gary Vasudevan Nair
Encik Mohd Jamil Zakaria
Encik Nokman Mustafa
Mej. Jen. (B) Datuk Mazelan Bin Kasap

Exco FAM - Perempuan
Cik Shafizah Umamah Bt Abdul Mutalib
Puan Roselina Binti Idrus
Brig Jen Dato' Norhuda Bt Ahmad
Tuan Nah Bt Nik Him
Puan Normala Bt Yusoff
Dato' Suraya Yaacob
Puan Isfarina Binti Mohd Bali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa