Nuffnang Ads

Isnin, 6 Februari 2017

Bola Sepak : Cameroon Juara Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon

Pasukan Cameroon atau nama gelaran mereka The Indomitable Lions di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Belgium, Hugo Broos berjaya merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon apabila berjaya menewaskan pasukan Mesir atau nama gelaran mereka The Pharaohs di bawah kendalian Ketua Jurulatih Argentina, Hector Cuper dengan keputusan 2-1. Ini merupakan kejayaan buat kali kelima pasukan Cameroon merangkul gelaran berprestij bola sepak negara-negara afrika setelah kali terakhir muncul juara pada tahun 2002. 

Pasukan Mesir terlebih dahulu mendahului pasukan Cameroon apabila pemain tengah mereka, Mohamed Elneny menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 22 perlawanan. Cameroon yang menunjukkan keazaman yang tinggi berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain pertahanan Nicolas Nkoulou pada minit ke 60 perlawanan. Ketika perlawanan dilihat semakin menghampiri masa tambahan, pemain gantian Vincent Aboubakar muncul wira apabila menjaringkan gol kemenganan pada minit ke 89 perlawanan sekaligus membawa pasukan muncul juara edisi 2017. 
Ketua Pasukan Cameroon, Benjamin Moukandjo dipilih pemain terbaik perlawanan akhir manakala seorang lagi pemain Cameroon, Christian Bassogog dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Pemain tertua kejohanan edisi kali ini iaitu penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary terpilih selaku penjaga gol terbaik kejohanan. Dengan kejayaan ini pasukan Cameroon akan mewakili pasukan Afrika ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun hingga 2 Julai 2017 akan datang.

Terlebih dahulu, pasukan Burkina Faso atau nama gelaran mereka The Stallions menamatkan saingan edisi kali ini di tempat ketiga menewaskan pasukan Ghana atau nama gelaran mereka Black Stars dengan keputusan 1-0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa