Nuffnang Ads

Rabu, 15 Februari 2017

Bola Sepak : Carta Jaringan Piala FA Malaysia 2017

Saingan Bola Sepak kalah mati berprestij negara, Piala FA 2017 kembali mewarnai dan merancakkan persada bola sepak negara. 35 buah pasukan akan bersaing pada edisi kali ini. Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki pada edisi Piala FA 2016 yang lalu. Namun begitu saingan daripada pasukan-pasukan lain juga pastinya sengit dan elemen kejutan pastinya akan berlaku pada edisi kali ini. Tiada laluan mudah buat pasukan kendalian Ketua Jurulatih Mexico ini mengekalkan kejuaraan mereka melainkan mencapai kemenangan demi kemenangan di setiap peringkat saingan Piala FA 2017 ini. 

Seperti edisi-edisi lalu, keupayaan menyudahkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol serta mempertahankan kubu daripada dibocori lawan adalah antara elemen penting bagi pasukan mencapai kemenangan yang dihasratkan. Selain itu juga, keupayaan bermain secara berpasukan serta mengikut segala perancangan formasi, strategi dan taktikal Ketua Jurulatih masing-masing pastinya amat dituntut serta tidak mustahil mampu membuahkan hasil. Pada musim 2016 yang lalu, menyaksikan duo import Argentina bagi pasukan Johor Darul Ta'zim FC iaitu Jorge Pareyra Diaz dan Juan Martin Lucero masing-masing berjaya mencetak dan menyudahkan gerakan gol hasil bantuan rakan sepasukan sekaligus membawa kejayaan kepada pasukan Harimau Selatan.

Pada edisi kali ini, Bual Sukan menjangkakan saingan antara pemain import dan pemain tempatan pastinya sengit bagi gelaran penjaring terbanyak Piala FA 2017. Berikut adalah kedudukan Carta Jaringan Piala FA 2017 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :    

3 Gol
Mark Hartmann (Sarawak)

2 Gol
Mohd. Farhan Roslan (Kedah)
Faton Toski (Perak)
Mateo Roskam (Sarawak)
Mohamadou Sumareh (Pahang FC)
Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta'zim II)
Michael Chukwubunna Ijezie (MISC-MIFA)
Rudie Ramli (MOF FC)

1 Gol
Gabriel Guerra (Johor Darul Ta'zim FC)
Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta'zim FC)
Liridon Krasniqi (Kedah)
Mohamad Ghaddar (Kelantan)
Vladislav Merchev (Perak)
Farhod Tadjiev (TTeam)
Ronny Harun (Sarawak)
Mattheus Alves (Pahang FC)
A.Solomon Raj (Pahang FC)
Nigel Dabinyaba (Pulau Pinang)
Amri Yahyah (Melaka United)
Abdul Latiff Suhaimi (Terengganu)
Ibrahim Syaihul (Kuala Lumpur)
Brandon Adams (Perlis)
Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)
Rafizi Zahari (Kuantan FA)
Igor Cerina (Sabah)
Afif Ashraf Zabawi (UiTM FC)
Do Dong-hyun (UiTM FC)
Pavel Smolyarchenko (ATM FA)
Ooi Shee Keong (MISC-MIFA)
G.Mugenthiran (PKNP FC)
Muhammad Zul Fahmi Awang (Sime Darby FC)
Dzulfahmi Abdul Hadi (Sime Darby FC)
Nazrul Kamaruzaman (Sime Darby FC)
Mohd. Firdaus Azizul (Felcra FC)
Shazuan Ashraf Mathews (Felcra FC)
Mohd. Hafizi Amiruddin (MOF FC)
Mohd. Hakimi Zainal (MOF FC)
Mohd. Fadli Baharuddin (PBMS FC)
Mohd. Faizwan Abdullah (PJ Rangers FC)

Gol Sendiri
Zachary Anderson (Kedah) - Perlawanan bertemu Kuala Lumpur
Zaiful Abdul Hakim (Kuala Lumpur) - Perlawanan bertemu Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa