Nuffnang Ads

Selasa, 7 Februari 2017

Bola Sepak : Johor Darul Ta'zim FC tewas kepada Gamba Osaka

Hasrat dan harapan peminat bola sepak negara menyaksikan kemaraan pasukan Harimau Selatan ke saingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 terkubur apabila pasukan JDTFC kecundang di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka pada perlawanan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Bandar Suita, Jepun sebentar tadi. Pasukan Gamba Osaka di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kenta Hasegawa menewaskan pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Benjamin Mora dengan keputusan 3-0. Dengan kemenangan ini pasukan Gamba Osaka melangkah ke saingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam Kumpulan H bersama-sama dengan bersama-sama dengan pasukan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan). Gol-gol pasukan Gamba Osaka dijaringkan oleh Ademilson, Shun Nagasawa dan Genta Miura. Pasukan JDTFC nyata telah memberikan permainan terbaik mereka memberi cabaran kepada Gamba Osaka. Namun begitu, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta pengalaman beraksi di saingan AFC Liga Juara-Juara Asia nyata membezakan kedua-dua pasukan ini.
Dengan ketewasan ini, pasukan JDTFC pula akan bersaing pada Piala AFC 2017 dalam kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan pemenang antara Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)/Lao Toyota FC (Laos). Walaupun tewas pasukan JDTFC telah membuktikan pasukan Malaysia sebenarnya mampu memberikan saingan di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah Bual Sukan ucapkan di atas kejayaan pasukan Harimau Selatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa