Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Februari 2017

Bola Sepak : Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017

Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 atau 2017 AFC Beach Soccer Championship akan berlangsung pada 4 hingga 11 Mac 2017 dengan pasukan Malaysia menjadi tuan rumah. Kejohanan akan dilangsungkan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu melibatkan penyertaan 13 buah negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah edisi ke 8 kali ini sejak dianjurkan pada tahun 2006. Kejohanan ini juga adalah sebagai pusingan kelayakan ke saingan FIFA Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2017 Bahamas atau 2017 FIFA Beach Soccer World Cup yang dijadualkan berlangsung pada 27 April hingga 7 Mei 2017 akan datang di mana pasukan Zon AFC diperuntukkan 3 tempat ke kejohanan tersebut. Pasukan Oman merupakan pasukan juara bertahan Bola Sepak Pantai AFC 2015 yang lalu apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Jepun pada perlawanan akhir kejohanan yang dilangsungkan di Doha, Qatar.

Dalam undian kumpulan yang diadakan pada 10 Januari 2017 yang lalu, 13 negara ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana Kumpulan A mengandungi 5 negara manakala Kumpulan B dan Kumpulan C masing-masing mengandungi 4 negara. 3 pasukan yang muncul juara kumpulan masing-masing beserta dengan pasukan naib juara terbaik akan meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir seterusnya mencerahkan laluan merebut 3 slot pasukan ke saingan FIFA Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2017 Bahamas. Pasukan Malaysia di bawah kendalian Ketua Jurulatih Ismail Zakaria telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Iran, China, Bahrain dan Afganistan. Juara bertahan, Oman diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Lebanon, Uzbekistan dan Thailand manakala Naib Juara edisi 2015, Jepun diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan UAE, Iraq dan Qatar. 

Bual Sukan menjangkakan, setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi memungut mata yang mencerahkan laluan ke peringkat separuh akhir. Pasukan bola sepak pantai negara juga pastinya akan sedaya upaya mempamerkan permainan terbaik melawan pasukan-pasukan yang mempunyai reputasi yang lebih tinggi dengan memberikan saingan sengit kepada lawan yang dihadapi. Berikut adalah kedudukan kumpulan serta Jadual Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 pada 4 hingga 11 Mac 2017 akan datang :
KUMPULAN A
4 Mac 2017
China lwn Bahrain
Afganistan lwn Malaysia

5 Mac 2017
Afganistan lwn China
Malaysia lwn Iran

6 Mac 2017
Iran lwn Afganistan
Bahrain lwn Malaysia

7 Mac 2017
Bahrain lwn Afganistan
China lwn Iran

8 Mac 2017
Malaysia lwn China
Iran lwn Bahrain

KUMPULAN B
6 Mac 2017
Lebanon lwn Uzbekistan
Oman lwn Thailand

7 Mac 2017
Thailand lwn Lebanon
Uzbekistan lwn Oman 

8 Mac 2017
Uzbekistan lwn Thailand
Oman lwn Lebanon

KUMPULAN C
6 Mac 2017
UAE lwn Iraq
Jepun lwn Qatar

7 Mac 2017
Qatar lwn UAE
Iraq lwn Jepun

8 Mac 2017
Iraq lwn Qatar
Jepun lwn UAE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa