Nuffnang Ads

Sabtu, 11 Februari 2017

Bola Sepak : Kejohanan Jemputan Piala Dubai 2017 UAE

Pasukan bawah 22 tahun negara di bawah kendali Ketua Jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt akan menyertai kejohanan bola sepak jemputan antarabangsa Piala Dubai Bawah 23 Tahun 2017 UAE atau Dubai Cup U23 2017 UAE bermula pada 20 hingga 28 Mac 2017 akan datang. Kejohanan melibatkan penyertaan pasukan bawah 23 tahun daripada 8 buah negara Asia. Pasukan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Arab Saudi, China dan Jordan manakala Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah UAE, Korea Utara, Thailand dan Singapura.

Kejohanan ini adalah sebahagian daripada fasa persiapan skuad bawah 22 tahun negara yang dalam persediaan menghadapi Kejohanan Sukan SEA ke 29 di Kuala Lumpur bermula Ogos 2017 akan datang. Pasukan bimbingan Frank Bernhardt ini disandarkan harapan membawa pulang pingan emas bola sepak lelaki untuk negara. Namun begitu, pasukan negara pastinya menghadapi saingan sengit daripada ketiga-tiga pasukan ini yang mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan mantap. Pasukan negara dijadualkan bertemu pasukan China pada 20 Mac 2017, pasukan Arab Saudi pada 23 Mac 2017 dan menutup tirai perlawanan kumpulan dengan bertemu pasukan Jordan pada 26 Mac 2017.

Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Muda akan memberikan permainan terbaik sekaligus mampu disandarkan harapan emas dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur akan datang. Frank Bernhardt harus mencari jalan penyelesaian kemelut yang dikatakan melanda pasukan negara supaya fokus emas tidak terjejas. Berikut adalah Kedudukan Kumpulan serta Jadual Perlawanan Piala Dubai Bawah 23 Tahun 2017 UAE akan datang :

KUMPULAN A
UAE, Korea Utara, Thailand, Singapura

20 Mac 2017
UAE lwn Thailand
Korea Utara lwn Singapura

23 Mac 2017
UAE lwn Singapura
Korea Utara lwn Thailand

26 Mac 2017
Singapura lwn Thailand
Korea Utara lwn UAE 

KUMPULAN B
Malaysia, Arab Saudi, China, Jordan

20 Mac 2017
Arab Saudi lwn Jordan
China lwn Malaysia

23 Mac 2017
Arab Saudi lwn Malaysia
China lwn Jordan

26 Mac 2017
Jordan lwn Malaysia
China lwn Arab Saudi 

PERLAWANAN KLASIFIKASI

28 Mac 2017
Juara Kumpulan A lwn Juara Kumpulan B (Penentuan Juara/Naib Juara)

Naib Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B (Penemtuan Tempat 3/4)

Tempat Ketiga Kumpulan A lwn Tempat Ketiga Kumpulan B (Penentuan Tempat 5/6)

Tempat Keempat Kumpulan A lwn Tempat Keempat Kumpulan B (Penentuan Tempat 7/8)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa