Nuffnang Ads

Isnin, 13 Februari 2017

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala FA Malaysia 2017

Saingan kalah mati berprestij bola sepak Malaysia, Piala FA 2017 telah bermula pada 5 Februari 2017 yang lalu. Edisi kali ke 27 ini pada asalnya disertai oleh 37 pasukan. Namun begitu, 2 pasukan iaitu Sungai Ara FC dan DYS FC telah menarik diri pada edisi kali ini. Juara Piala FA Malaysia 2017 akan mewakili kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2018 akan datang. Pasukan juara bertahan Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim FC pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun mereka pastinya akan berdepan laluan berliku mempertahankan gelaran mereka pada edisi kali ini.

Antara pasukan pilihan yang Bual Sukan jangkakan akan memberikan saingan sengit pada edisi Piala FA 2017 kali ini ialah pasukan Johor Darul Ta'zim FC, Kedah, Kelantan, Selangor, Perak dan Pahang. Namun saingan pasukan-pasukan lain juga tidak harus diketepikan kerana elemen kejutan pastinya berlaku pada edisi kali ini. Setiap Ketua Jurulatih pasukan pastinya akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menghadapi lawan yang ditentang. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala FA Malaysia 2017 :


Pusingan Pertama
5 Februari 2017 (Ahad)
Penjara FC lwn Felcra FC (0-2)
Felcra FC : Mohd. Firdaus Azizul, Shazuan Ashraf Mathews

*Sungai Ara FC lwn MOF FC

SAMB FC lwn PBMS FC (1-0)
PBMS FC : Mohd. Fadli Baharuddin

PJ Rangers FC lwn DYS FC*

* Sungai Ara FC dan DYS FC menarik diri. MOF FC dan PJ Rangers FC mara ke Pusingan Kedua

6 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Shahzan Muda FC (3-0)
Sime Darby FC : Muhammad Zul Fahmi Awang, Dzulfahmi Abdul Hadi, Nazrul Kamaruzaman


Pusingan Kedua
13 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Kuantan FA (0-3)
Kuantan FA : Abdul Malik Mat Ariff, Rafizi Zahari

Felcra FC lwn Terengganu (0-1)
Terengganu : Abdul Latiff Suhaimi

14 Februari 2017 (Selasa)
MPKB-BRI U-Bes FC lwn Pulau Pinang (0-1)
Pulau Pinang : Nigel Dabinyaba

PKNP FC lwn Kelantan (1-1)
PKNP FC : G.Mugenthiran
Kelantan : Mohamad Ghaddar
(PKNP FC menang penentuan penalti 4-3)

Melaka United lwn PKNS FC
Melaka United : Amri Yahyah

Felda United FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (0-2)
Johor Darul Ta'zim FC : Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera

Johor Darul Ta'zim II lwn Pahang FC (2-4)
Johor Darul Ta'zim II : Hadi Fayyadh Abdul Razak (2)
Pahang FC : Mohamadou Sumareh (2), Mattheus Alves, A.Solomon Raj

Kedah lwn Kuala Lumpur FC (4-2)
Kedah : Liridon Krasniqi, Zaiful Abdul Hakim (GS), Mohd. Farhan Roslan (2)
Kuala Lumpur : Zachary Anderson (GS), Ibrahim Syaihul

PJ Rangers FC lwn UiTM FC (1-2)
PJ Rangers FC : Mohd. Faizwan Abdullah
UiTM FC : Afif Ashraf Zabawi, Do Dong-hyun

Perlis lwn PDRM FA (1-0)
Perlis : Brandon Adams

Selangor lwn Negeri Sembilan (0-0)
(Negeri Sembilan menang penentuan penalti 4-3)

Sarawak lwn MISC-MIFA (6-3)
Sarawak : Mark Hartmann (3), Mateo Roskam (2), Ronny Harun
MISC-MIFA : Ooi Shee Keong, Michael Chukwubunna Ijezie (2)

Sabah lwn UKM FC (1-0)
Sabah : Igor Cerina

T-Team lwn ATM FA (1-1)
T-Team : Farhod Tadjiev
ATM FA : Pavel Smolyarchenko
(T-Team menang penentuan penalti 4-2)

15 Februari 2017 (Rabu)
Perak lwn PBMS FC (2-0)
Perak : Vladislav Merchev, Faton Toski (2)

KDMM FC lwn MOF FC (0-4)
MOF FC : Rudie Ramli (2), Mohd. Hafizi Amiruddin, Mohd. Hakim Zainal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa