Nuffnang Ads

Khamis, 23 Februari 2017

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United

Pasukan Felda United buat pertama kalinya akan membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta'zim FC. Pasukan The Fighters yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, B.Sathianathan telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan kelab Hanoi FC (Vietnam), Tempines Rovers (Singapura) dan Ceres-Negros FC (Filipina). Keempat-empat pasukan ini dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan berpeluang ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2017 ini.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Felda United, B.Sathianathan akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukannya untuk bersaing dengan 3 pasukan lain. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain import serta pemain-pemain muda berkualiti, pasukan Felda United mampu memberikan permainan terbaik mereka mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.
Berikut adalah Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United : 

21 Februari 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) Tewas 1-2
Felda United : Fazrul Hazli Kadri

7 Mac 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)

19 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa