Nuffnang Ads

Rabu, 22 Februari 2017

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Johor Darul Ta'zim FC

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC sekali lagi membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 akan datang. Ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Harimau Selatan ini membawa cabaran ke saingan Piala AFC. Pasukan JDTFC yang kini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih bersal dari Mexico, Benjamin Mora merupakan Juara Piala AFC 2015 selain menjadi semifinalis pada edisi Piala AFC 2016.

Pada saingan Piala AFC 2017 ini, pasukan Harimau Selatan telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja). Dengan perubahan format pertandingan, pasukan juara kumpulan akan melangkah ke peringkat seterusnya manakala pasukan naib juara terbaik Kumpulan F, G atau H merebut satu slot pasukan ke peringkat seterusnya. Dengan perubahan format pertandingan ini, saingan pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing merebut slot ke pusingan berikutnya. Bual Sukan percaya, dengan barisan pemain-pemain berpengalaman digabungkan dengan barisan pemain import dan pemain muda berkualiti, pasukan Harimau selatan mampu mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ini. Namun begitu, saingan 3 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah kerana kecuaian mampu meranapkan impian pasukan JDTFC mara ke pusingan berikutnya. 
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2017 pasukan Johor Darul Ta'zim FC :

21 Februari 2017
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) Menang 3-0
(Gabriel Guerra, Nazmi Faiz, Safiq Rahim)

7 Mac 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) 

3 Mei 2017
Johor Darul Ta'zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa