Nuffnang Ads

Selasa, 21 Februari 2017

Bola Sepak : B.Sathianathan Ketua Jurulatih Baru Felda United

Bekas Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaysia, pasukan Kelantan dan paukan ATM FA B.Sathianathan sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan Felda United menggantikan Azmi Mohamed yang meletak jawatan baru-baru ini. Pasukan yang diberi gelaran The Fighters ini sebelum ini dikendalikan oleh Mohd bin Nik selaku Ketua Jurulatih sementara. Beliau sempat mengendalikan 3 perlawanan iaitu 2 perlawanan Liga Super serta 1 perlawanan Piala FA Pusingan Kedua. Dalam 3 perlawanan tersebut, Felda United tewas ketiga-tiga perlawanan iaitu kepada pasukan Kelantan (1-2), Selangor (1-3) dan Johor Darul Ta'zim FC (0-2). Sebagai rekod, pasukan Felda United merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu.

Perlawanan pertama B.Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih baru Felda United adalah bertemu dengan pasukan Tampines Rovers pada 21 Februari 2017 dalam saingan Piala AFC 2017. Manakala perlawanan pertama Liga Super 2017 bagi beliau selaku Ketua Jurulatih adalah bertemu dengan pasukan Perak TBG pada 25 Februari 2017 akan datang. Dengan cabaran Felda United dalam saingan Piala FA 2017 telahpun berakhir, fokus kini pastilah kepada saingan Liga Super 2017 selain membawa cabaran kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2017 yang akan bermula 21 Februari 2017 akan datang. Selain itu juga, cabaran untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2017 juga pastinya akan diberi perhatian oleh pasukan Felda United. Bual Sukan percaya, B.Sathianathan akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau membantu pasukan The Fighters untuk kembali bangkit dan berjuang memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Beliau juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan menghadapi setiap perlawanan yang mendatang. 

Dengan barisan pemain-pemain berpengalaman serta gandingan pemain-pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi B.Sathianathan mampu membawa pasukan kembali ke landasan terbaik dalam kancah saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Selamat maju jaya kepada B.Sathianathan Ketua Jurulatih baru serta pasukan Felda United.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa