Nuffnang Ads

Ahad, 26 Februari 2017

Bola Sepak : Leicester City pecat Claudio Ranieri

Pasukan penuh kejutan musim lalu yang juga merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris akhirnya membuat keputusan mengejut apabila memecat Pengurus dari Itali Claudio Ranieri pada Jumaat lalu ekoran kemerosotan prestasi pasukan. Untuk rekod, pasukan yang diberi nama The Foxes ini kini bergelut di zon penyingkiran di mana mereka berada di 3 kelompok bawahan liga iaitu di tangga ke 18 dengan 21 Mata hasil daripada 25 perlawanan di mana mereka mencatatkan 5 Kemenangan, 6 Seri dan 14 kekalahan. Selain itu mereka juga tersingkir di Pusingan Kelima Piala FA 2016/17 apabila tewas mengejut kepada Millwall, tersingkir di Pusingan Ketiga Piala EFL 2016/17 di mana tewas kepada pasukan Chelsea serta masih bersaing di Pusingan 16 UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 bertemu Sevilla di mana dalam perlawanan pertama mereka tewas 1-2.

Pemecatan ini menjadikan beliau sebagai Pengurus ketujuh meninggalkan pasukan selepas Steve Bruce (Hull City), Sam Allardyce (Sunderland), Francesco Guidolin (Swansea City), Alan Pardew (Crystal Palace), Bob Bradley (Swansea City) dan Mike Phelan (Hull City). Bual Sukan percaya, dengan perlawanan liga masih berbaki 13 Perlawanan, pasukan Leicester City masih berpeluang untuk bersaing mengelakkan pasukan mereka terjerumus ke zon penyingkiran musim ini. Pengurus yang baru pastinya akan merencanakan sesuatu bagi memastikan pasukan mereka kekal bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2017/18 akan datang.      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa