Nuffnang Ads

Isnin, 27 Februari 2017

Bola Sepak : Manchester United Juara Piala EFL 2016/17

Dua jaringan penyerang berbisa Sweden, Zlatan Ibrahimovic serta jaringan Jesse Lingard sudah cukup untuk membawa Manchester United kendalian pengurus dari Portugal, Jose Mourinho menjulang kejuaraan Piala EFL 2016/17 menewaskan pasukan Southampton dengan keputusan 3-2. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan buat kali kelima bagi pasukan The Red Devils setelah kali terakhir menjulang kejuaraan pada edisi Piala Liga 2009/10. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley semalam, pasukan Manchester United terlebih dahulu mendahului pasukan The Saints dengan 2-0 hasil jaringan sepakan percuma Zlatan Ibrahimovic serta rembatan Jesse Lingard sebelum 2 jaringan Monolo Gabbiadini menyamakan kedudukan buat pasukan bimbingan pengurus Perancis, Claude Puel.
Ketika perlawanan berbaki 3 minit, hantaran cantik Ander Herrera disudahkan dengan tandukan padu Zlatan Ibrahimovic menerjah jaring menewaskan penjaga gol Southampton, Fraser Forster. Jaringan tersebut, nyata amat mengecewakan pasukan Southampton yang sebelum ini tidak dibolosi sepanjang laluan mereka ke Perlawanan Akhir Piala EFL 2016/17. Zlatan Ibrahimovic juga telah dipilih selaku pemain terbaik perlawanan akhir Piala EFL 2016/17. Ini merupakan kejuaraan kedua pasukan Manchester United musim ini setelah memenangi perlawanan pembuka tirai Perisai Komuniti 2016/17 serta kejuaraan kompetitif pertama Jose Mourinho sejak menjadi pengurus pasukan Manchester United. Bual Sukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Manchester United menjulang kejuaraan Piala EFL 2016/17 ini.

1 ulasan:

  1. barulah nampak sedikit kebangkitan MU, saya menjadi peminat kelab ni sejak tahun 1980 an lagi sejak zaman Ron Artkinson dulu sehingga zaman Alex Ferguson (sezaman Eric Cantona, Bryan Robson, Mark Hughes, (sebelum tu zaman Frank Stapleton - dia ni yang membawa saya meminati United selepas dia berpindah ke MU tahun 1981 dari Arsenal) kemudian tiba pula zaman Beckham, ryan giggs, goalkeeper Michael Schumarker dan ramai lagi. Itu lah zaman kegemilangan MU sehingga saya dan anak-anak lelaki saya menjadi peminat mereka sehingga ke hari ni walaupun prestasi mereka agak tidak menentu selepas zaman Sir Alex Ferguson. dan hari ni kelihatannya seperti MU mula meningkat semula well , cuma nak memberi sedikit pendapat bahawa Kelab MU ni ada sedikit kelainan daripada kelab-kelab EPL yang (mungkin saya menolak Liverpool - musuh kami no 1) kah kah kah tapi yang lain tu saya masih juga berkenan seperti Everton, WBA, Arsenal, Aston Villa dan Wolverhampton Wanderers. seperti yang kita lihat Sukan Bolasepak negara kita pun dah tak seperti tahun semasa player-player seperti Mokhtar Dahari, Isa Bakar lepas tu zaman Shaharudin Abdullah, kemudianya Zaman Azizul Abu Hanifah, Karim Pin dan nama-nama lain yang tak dapat nak disebutkan disini... apa pun sekali sekala mengimbau hal-hal sukan bolasepak ni seronok jugak bila golongan 'tua' cam kami dapat berbual ngan geng-geng lama .... majulah sukan untuk negara

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa