Nuffnang Ads

Selasa, 7 Februari 2017

Bola Sepak : Mario Gomez Bakal Ketua Jurulatih Kebangsaan

Bekas Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim FC dikatakan bakal dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Harimau Malaysia yang baru. Spekulasi ini timbul berikutan entri terbaru melalui facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim FC iaitu Johor Southern Tigers dengan catatan berikut :


SELAMAT MAJU JAYA BUAT JDT
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka. Luaskan Kuasamu Johor.
-----
ALL THE BEST TO JDT
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, and future national head coach Mario Gomez wishes all the best to Johor Darul Ta'zim FC (JDT) in this evening's match against Gamba Osaka. Luaskan Kuasamu Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebelum itu telah mendapat perkenan Ayahanda Baginda, DYMM Sultan Ibrahim Iskandar Sultan Johor untuk bertanding merebut jawatan panas bola sepak Malaysia selaku Presiden FAM pada Kongres FAM Ke-53 pada 25 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mampu merubah imej bola sepak negara yang semakin merosot dan menaikkan kembali bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa