Nuffnang Ads

Selasa, 14 Februari 2017

Bola Sepak : Perebutan Kerusi Panas Presiden FAM

Perebutan kerusi panas selaku Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM bakal menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 di antara 2 tokoh iaitu penaung pasukan Johor Darul Ta'zim, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang bakal berdepan saingan Tan Sri Anuar Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Pemilihan tampuk kepimpinan baru FAM akan berlangsung pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 dijadualkan 25 Mac 2017 akan datang. Pemenang jawatan ini bakal menggantikan DYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah Pemangku Sultan Pahang sebagai Presiden FAM. 2 calon yang sebelum ini turut disebut sebagai calon Presiden FAM iatu, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Belia dan Sukan serta Tan Sri Aseh Che Mat yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menarik diri pada pemilihan kali ini.


Walaupun calon pilihan utama untuk kerusi panas ini adalah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, namun begitu saingan Tan Sri Anuar Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak harus diketepikan. Bual Sukan percaya, siapa pun presiden yang dipilih oleh ahli gabungan kelak mampu memberikan hala tuju bola sepak negara dengan lebih fokus, jelas dan terancang bagi memastikan martabat sukan bola sepak negara mampu kembali menyinar di peringkat yang lebih baik. Semoga Ahli Gabungan membuat pemilihan calon Presiden FAM yang tepat pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa