Nuffnang Ads

Rabu, 1 Februari 2017

Bola Sepak : Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia

Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia atau FIFA Confederations Cup Russia 2017 dijadualkan berlangsung pada 17 Jun hingga 2 Julai 2017 akan datang. Kejohanan edisi kali ke 10 ini akan berlangsung di negara tuan rumah FIFA Piala Dunia 2018 iaitu Russia. Kejohanan ini bakal disertai oleh 8 pasukan terdiri daripada pasukan tuan rumah serta juara-juara kejohanan benua atau zon bola sepak masing-masing. Selain pasukan tuan rumah iaitu Russia, 6 pasukan lain yang telah layak ialah pasukan Jerman (Juara FIFA Piala Dunia 2014 Brazil), Australia (Juara AFC Piala Asia 2015 Australia), Chile (Juara CONMEBOL Copa Amerika 2015 Chile), Mexico (Juara Piala CONCACAF 2015), New Zealand (Juara Piala OFC 2016 Papua New Guinea), Portugal (Juara UEFA Euro 2016 Perancis) dan Cameroon (Juara Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon).

8 pasukan ini telah diundi pada 26 November 2016 yang lalu dalam 2 kumpulan di mana juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan separuh akhir. Bual Sukan menjangkakan setiap pasukan pastinya akan membariskan pemain terbaik masing-masing bagi bersaing antara satu sama lain merebut kejuaraan edisi 2017 ini. Berikut adalah Kedudukan Kumpulan serta Jadual Perlawanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia. 

KUMPULAN A
Russia, New Zealand, Portugal, Mexico
17 Jun 2017
Russia lwn New Zealand

18 Jun 2017
Portugal lwn Mexico

21 Jun 2017
Russia lwn Portugal
Mexico lwn New Zealand

24 Jun 2017 
Mexico lwn Russia
New Zealand lwn Portugal

KUMPULAN B
Cameroon, Chile, Australia, Jerman
18 Jun 2017
Cameroon lwn Chile

19 Jun 2017
Australia lwn Jerman

22 Jun 2017
Cameroon lwn Australia
Jerman lwn Chile

25 Jun 2017 
Jerman lwn Cameroon
Chile lwn Australia 

SEPARUH AKHIR

28 Jun 2017
Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B

29 Jun 2017
Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A

PENENTUAN TEMPAT 3/4

2 Julai 2017
Pasukan Kalah Separuh Akhir 1 lwn Pasukan Kalah Separuh Akhir 2

PERLAWANAN AKHIR

2 Julai 2017
Pasukan Menang Separuh Akhir 1 lwn Pasukan Menang Separuh Akhir 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa