Nuffnang Ads

Ahad, 19 Februari 2017

Bola Sepak : Rekod Johor Darul Ta'zim FC Lebur

Tarikh 18 Februari 2017 pastinya menjadi saksi apabila pasukan Juara Liga Super tiga tahun berturut-turut, Johor Darul Ta'zim FC (JDTFC) gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam 25 perlawanan berturut-turut selepas tewas kepada pasukan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) di bawah kendalian Ketua Jurulatih paling tua Liga Super 2017, Karl-Heinz Weigang dari Jerman dengan keputusan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Ipoh, Perak. Jaringan 2 pemain import Perak TBG iaitu Yashir Pinto dan Vladislav Mirchev meranapkan rekod mereka setelah kali terakhir tewas adalah pada musim Liga Super 2015 iaitu kepada pasukan Felda United juga dengan keputusan 1-2 pada 22 Ogos 2015. Gol saguhati pasukan Harimau Selatan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri. Pada musim lalu, pasukan Harimau Selatan unggul apabila mencatat rekod baru yang pastinya sukar disaingi oleh pasukan-pasukan lain iaitu tidak tewas dalam 22 perlawanan Liga Super 2016 (18 Kemenangan & 4 Seri)

Walaupun rekod tanpa kalah mereka telah berakhir, pasukan JDT FC tetap merupakan antara pasukan terkuat saingan Liga Super 2017. Pasukan Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru dari Mexico, Benjamin Mora masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Dengan saingan Liga Super 2017 yang masih panjang, pasukan Harimau Selatan tetap menjadi pilihan edisi kali ini. Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya akan bangkit semula dan memberikan fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Apapun tahniah kepada pasukan Perak TBG dan JDTFC kerana berjaya mempamerkan permainan terpuji dan beraksi dengan penuh semangat kesukanan walaupun bermain di atas padang yang becak. Saingan Liga Super 2017 pastinya akan menyajikan aksi-aksi menarik 12 pasukan yang bertanding.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa