Nuffnang Ads

Isnin, 20 Februari 2017

Bola Sepak : Suku Akhir Piala FA Inggeris 2016/17

Saingan Piala FA Inggeris 2016/17 atau The Emirates FA Cup 2016/17 telah memasuki pusingan suku akhir. 8 pasukan terbaik akan bersaing merebut 4 slot pasukan ke saingan peringkat separuh akhir. Pasukan juara bertahan edisi 2015/16 yang lalu, Manchester United adalah antara pasukan yang berjaya ke saingan peringkat suku akhir. Paling mengejutkan adalah kemaraan pasukan dari Liga Kebangsaan atau National League, Lincoln City yang berjaya membenam cabaran pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Burnley pada saingan saingan pusingan kelima. Turut melangkah ke saingan suku akhir edisi kali ini adalah pasukan Chelsea, Tottenham Hotspurs, Middlesbrough dan Millwall. Baki 2 lagi pasukan akan ditentukan oleh pemenang perlawanan Sutton United/Arsenal yang akan bermain pada pagi ini serta pasukan Manchester City/Huddersfield Town yang akan bermain dalam perlawanan ulangan pada 28 Februari 2017 akan datang.

Undian pusingan keenam atau peringkat suku akhir telah diadakan pada 19 Februari 2017 telah menyaksikan pertemuan 2 kelab gergasi iaitu pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris 2016/17, Chelsea yang menjadi tuan rumah kepada pasukan juara bertahan Manchester United. Pusingan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 10/11/12 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan kali ini pastinya akan lebih dramatik dan tidak mustahil kejutan akan berlaku sekali lagi pada peringkat suku akhir ini. Berikut adalah undian pusingan Suku Akhir Piala FA Inggeris 2016/17 akan datang :

10/11/12 Mac 2017
Chelsea lwn Manchester United
Middlesbrough lwn Manchester City/Huddersfield Town
Tottenham Hotspurs lwn Millwall
Arsenal lwn Lincoln City

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa