Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Februari 2017

Bola Sepak : Undian Kumpulan Piala FAM 2017

Liga Divisyen 3 Bola Sepak Malaysia Piala FAM 2017 akan bermula pada 19 Februari 2017 akan datang. 16 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan edisi ke 66 kali ini sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1952. 16 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan di mana 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir seterusnya merebut 4 tempat ke pusingan separuh akhir serta 2 tempat ke perlawanan akhir. Pasukan yang muncul juara dan naib juara Piala FAM 2017 akan bersaing di Liga Premier 2018 akan datang. Pada musim 2016, pasukan MISC-MIFA berjaya muncul juara setelah menewaskan pasukan PKNP FC pada perlawanan akhir yang diadakan secara timbal balas dengan agregat 3-1. Kedua-dua pasukan kini beraksi dalam saingan Liga Premier 2017.

Undian peringkat kumpulan telah diadakan pada 2 Februari 2017. Setiap pasukan dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk menghuni 4 tangga teratas kumpulan masing-masing. Setiap perlawanan pastinya amat penting untuk pasukan pasukan mencatatkan keputusan terbaik sekaligus mencerahkan laluan ke saingan suku akhir. Bual Sukan percaya saingan Piala FAM 2017 pastinya sengit dan mencabar apatah lagi perebutan merebut 2 slot pasukan ke Liga Premier 2018 akan datang. Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan Piala FAM 2017 :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa